Page 40 - My FlipBook
P. 40
Buletin ICU JPM Info Hadis
Nov 2016 - Feb 2017
Berat Sama Dipikul Ringan Sama Dijinjing
Hadis:
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya kaum Asy‘irin apabila kehabisan atau hampir habis bekalan makanan
di dalam peperangan atau bekalan makanan keluarga di Madinah berkurangan,
mereka mengumpulkan apa yang ada pada mereka dalam sehelai kain, kemudian mereka
membahagikan sesama mereka di dalam satu bekas dengan sama rata.
Mereka itu dari golonganku dan aku dari golongan mereka.”
Keterangan : (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Asy‘irin adalah kaum Abu Musa al-Asy’ari,
dinisbahkan kepada datuk mereka al-Asy ‘ari bin Qahtan.
Huraian Hadis: Sumber : Kitab Riyadhus Salihin, JAKIM
1. Semangat berat sama dipikul ringan sama dijinjing adalah penting dalam sebuah masyarakat
atau organisasi untuk menghidupkan semangat perpaduan.
2. Islam menyanjung tinggi orang yang sanggup berkorban membantu saudaranya yang susah
walaupun terpaksa menghadapi kesusahan.
3. Umat Islam dilarang bersifat mementingkan diri sendiri kerana ia boleh mendatangkan
kesan yang buruk dalam masyarakat.
4. Hadis ini menyatakan kelebihan kaum Asy‘irin, kerana Rasulullah SAW telah memberi
pengiktirafan bahawa mereka adalah sebahagian daripada dirinya dari sudut hampirnya
akhlak dan cara mereka dengan akhlak Junjungannya.