Page 7 - My FlipBook
P. 7
Pembangunan Buletin ICU JPM 7
Sosial Edisi 1 2018

Gotong-royong
asas
kesejahteraan
rakyat

Teks Azleen Suzana Zakaria Foto Aizat Asyraf Abdul Ghafar
azleen.zakaria@icu.gov.my aizat.ghafar@icu.gov.my

S UNGAI BULOH, SELANGOR : Perdana Aktiviti kemasyarakatan dan amalan hidup sihat
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah seperti gotong-royong ini perlu diadakan secara
melancarkan Program Strategi Lautan Biru berterusan kerana ia boleh menjadi platform
Kebangsaan (NBOS), Kejiranan Indah atau My terbaik mengeratkan silaturahim, kerjasama serta
Beautiful Neighbourhood (MyBN) dan Majlis Gotong membudayakan penjagaan kebersihan.2
Royong 2017 peringkat kebangsaan di tapak pasar
tani Saujana Utama, Sungai Buloh pada 14 Oktober
2017.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan bagi
meneraju negara ke arah sebuah negara
membangun, berpendapatan tinggi, harmoni dan
sejahtera dalam semua aspek. MyBN dilaksanakan
bagi mewujudkan kejiranan yang selamat, bersih dan
indah secara mampan selain menanamkan perasaan
cintakan persekitaran kejiranan oleh penduduk
setempat.

MyBN dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT), Unit Penyelarasan Pelaksanaan
(ICU JPM), Jabatan Perumahan Negara (JPN),
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Jabatan
Landskap Negara (JLN), Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD),
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN),
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (PPSPPA), Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Dalam
Negeri (KDN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
Polis DiRaja Malaysia (PDRM), RELA, 1M4U, Kerajaan
Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12