Portal Rasmi
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Cari Facebook Twitter Instagram
Maklumat Kemudahan

Bertanggungjawab menjaga dan menyelia lima (5) kemudahan di Dewan/Bilik Mesyuarat Guna sama ICU JPM iaitu :

  1. Dewan Taklimat
  2. Dewan Persidangan
  3. Dewan Teater
  4. Dewan Bankuet

Pada amnya, kemudahan ini adalah mengikut terma dan syarat penggunaan untuk kegunaan pejabat seperti berikut:

  1. Pejabat Perdana Menteri
  2. Pejabat Timbalan Perdana Menteri
  3. Pejabat Ketua Setiausaha Negara
  4. ICU JPM sebagai urus setia kepada:-
    i. Majlis Tindakan Negara
    ii. Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara
  5. Kementerian dan Agensi Kerajaan

1) DEWAN TAKLIMAT
Tempat : Aras 1, Blok Timur
Penggunaan: Taklimat dan ceramah
Kapasiti Dewan
  • Jumlah kapasiti : 300 orang
  • Jumlah kerusi banquet : 300 (kerusi kenamaan = 24, kerusi biasa : 276)
  • Mempunyai pentas dengan keluasan 3m x 1.5m
Kemudahan Audio Visual
  • Sistem Bunyi Berpusat
  • Sistem Tayangan Visual
    - Skrin Pegun
    - Projektor LED
    - Antara muka Komputer
  • Sistem Rakaman

2) DEWAN PERSIDANGAN
Tempat : Aras 1, Blok Timur
Penggunaan: Mesyuarat
Kapasiti Dewan
  • Jumlah kapasiti : 99 orang
    - kerusi dilengkapi kemudahan mikrofon : 67
    - kerusi tanpa kemudahan mikrofon: 32
Kemudahan Audio Visual
  • Sistem Bunyi Berpusat
  • Sistem Tayangan Visual
    - Skrin Pegun
    - Projektor LCD
    - Antara Muka Komputer
  • Sistem Persidangan Audio
  • Sistem Rakaman

3) DEWAN TEATER
Tempat : Aras 1 dan Aras G, Blok Timur
Penggunaan : Ceramah dan Latihan
Kapasiti Dewan
  • Jumlah kapasiti : 124 orang
  • Keluasan pentas : 400m x 150m
Kemudahan Audio Visual
  • Sistem Bunyi Berpusat
  • Sistem Tayangan Visual
    - Skrin bermotor
    - Projektor LCD
    - Antara muka Komputer
  • Sistem Kawalan Jauh Bersepadu
    - Kawalan Utama
    - Panel Kawalan LCD
  • Sistem Pencahayaan Pentas
  • Tirai Pentas
  • Sistem Rakaman

4) DEWAN BANKUET
Tempat: Aras 1, Blok Timur
Kapasiti Dewan
  • Jumlah kapasiti : 200 orang
  • Jumlah meja bulat : 20 buah
  • Bilik Pantri/ Bilik Penyediaan Makanan
Kemudahan Audio Visual
  • Peralatan Siar raya
  • Pemain Cakera (DVD/CD)

KAEDAH TEMPAHAN

Tempahan kemudahan Dewan/Bilik Mesyuarat Guna Sama Bangunan Perdana Putra ini buleh dibuat melalui tempahan online melalui Sistem eBooking. Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh penggunaan. Kelulusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan.


MAKLUMAT AM
  • Penggunaan bilik/dewan adalah berdasarkan tempahan awal kecuali melibatkan Y.A.B. Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara dan Menteri. Keutamaan seterusnya diikuti dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan Kementerian/Agensi yang lain.
  • Urus setia mesyuarat digalakkan untuk membuat tinjauan tempat dan kemudahan yang diperlukan.
  • Urus setia mesyuarat digalakkan untuk membuat latihan/raptai bagi memastikan perjalanan majlis lancar dan sempurna.
  • Perkhidmatan dan bantuan teknikal audio visual buleh didapati daripada juruteknik yang bertugas di dewan berikut :
    Dewan Taklimat : 03-8872 6433
    Dewan Persidangan : 03-8872 6432
    Dewan Teater : 03-8872 6435
  • Petugas/pelawat secara berkumpulan atau bersendirian diwajibkan untuk melapor diri kepada Pegawai Keselamatan di Lobi Kompleks JPM.
  • Setiap pembekal makanan yang menerima tempahan daripada JPM perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Susun atur kerusi dan kebersihan adalah menjadi tanggungjawab pembekal makanan/urus setia mesyuarat.
  • Petugas/pelawat hendaklah berpakaian formal.
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah dilarang memasuki kawasan ini.