Melaka, 2 Julai - Mesyuarat Pemerkasaan
Jawatankuasa Penyelarasan Program Kesejahteraan
Rakyat Bilangan 2 Tahun 2025 telah berlangsung dari
30 Jun hingga 2 Julai 2025. Mesyuarat ini
menghimpunkan kementerian dan agensi pelaksana
bagi menyediakan kerangka penyelarasan program
kesejahteraan rakyat mengikut kluster perumahan,
pendidikan, padanan pekerjaan, keusahawanan,
peningkatan pendapatan dan kebajikan.
Sebanyak 58 orang peserta daripada 10 kementerian
dan 13 agensi telah menghadiri mesyuarat ini.
Majlis perasmian dan penutupan telah disempurnakan
oleh YBrs. Puan Norashiken binti Ishak, Timbalan
Ketua Pengarah, Sektor Pembangunan Strategik, ICU
JPM. Mesyuarat ini merupakan kesinambungan kepada
Mesyuarat Bilangan 1 yang telah diadakan di Sepang
pada 28 hingga 30 Mei yang lalu, melibatkan Pengarah
PPN/PPPN, Pengarah Bahagian dan wakil bahagian di
Ibu Pejabat.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada
semua peserta yang telah memberikan komitmen tinggi
serta percambahan idea yang bernas sepanjang
mesyuarat berlangsung.
#ICUJPM
#MalaysiaMADANI
#volumeaccuracyspeed
#taatsetia
#reformasisatukemestian
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
Sumber : Unit Komunikasi & Media
Kemas kini 07/07/2025
739 Capaian