Portal Rasmi
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Cari Facebook Twitter Instagram
Kesejahteraan Rakyat
Info eKasih
LATAR BELAKANG

Sistem eKasih merupakan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang diwujudkan bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan.

Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula diguna pakai pada Jun 2008.


SISTEM eKASIH

Sistem eKasih mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas, maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:

  1. Semakan status kemiskinan secara online.
  2. Penyelarasan maklumat bantuan.
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
  4. Pengiraan status kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.


INISIATIF KESEJAHTERAAN RAKYAT

PROGRAM USAHA KASIH (uKasih)
  • Pemadanan peluang pekerjaan (Job Matching) dengan sektor korporat dan NGO
  • Peningkatan peluang pertambahan pendapatan melalui perkongsian kepakaran dan bimbingan usahawan SDSI/NGO/sektor korporat
PROGRAM DIDIK KASIH (dKasih)
  • Memberi bantuan pendidikan dan latihan kemahiran kepada anak isi rumah eKasih dalam melahirkan graduan yang kompeten dalam pelbagai bidang
  • Kerjasama sektor korporat/NGO
PROGRAM I CARE FOR U
  • Kerjasama antara masyarakat sivil dan ICU JPM untuk lebih cakna dengan golongan miskin di Malaysia
  • Menyasarkan keluarga miskin dan miskin tegar di Malaysia