Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
eKasih (Kesejahteraan Rakyat)
Sistem eKasih
Latar Belakang

Sistem eKasih merupakan Sistem Pangkalan Data Bersepadu Isi Rumah Miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian/agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan.

Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.

Info Sistem eKasih

Komponen data eKasih terdiri daripada Maklumat Asas, Maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:

  1. Semakan status kemiskinan secara online.
  2. Penyelarasan maklumat bantuan.
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
  4. Pengiraan status kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.