Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Pemantauan & Penilaian Program/Projek Pembangunan
Penilaian Program/Projek
INISIATIF PENILAIAN

Penilaian outcome digunakan sebagai alat untuk mengukur kesan program/projek pembangunan yang telah siap dan digunakan kepada golongan sasar daripada aspek sosial, ekonomi, politik dan alam sekitar. Ia perlu dilakukan secara bebas dan adil tanpa memihak kepada mana-mana kumpulan yang berkepentingan. Pengukuran pencapaian boleh dilakukan secara analisis jurang (gap analysis) iaitu pencapaian sebenar Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator, KPI) ataupun Indikator Pencapaian (IP) berbanding sasaran yang ditetapkan.

  1. Penilaian Ketersediaan Pengoperasian dan Penyampaian Outcome (PKPO) merupakan inisiatif bagi menilai keberkesanan pengoperasian dan ketersediaan outcome bagi projek-projek fizikal siap dalam tempoh 6 bulan selepas penyerahan. PKPO meneliti isu-isu pengoperasian dan keberhasilan outcome yang boleh menjejaskan penerimaan manfaat oleh golongan sasar. Inisiatif ini melibatkan kerjasama antara PPN seterusnya diverifikasi oleh pihak Kementerian.
  2. Jawatankuasa Penilaian Outcome (JKPO) sebagai platform untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program/projek pembangunan sepertimana yang disasarkan. Proses yang terlibat adalah pengumpulan data secara terperinci, lengkap dan bebas bagi memaklumkan kepada stakeholders mengenai kesan yang berlaku selepas sesuatu program/projek pembangunan dilaksanakan. Ia akan menilai sejauh mana objektif dan sasaran outcome yang digariskan di peringkat perancangan benar-benar tercapai sekali gus mengukur kesan dan perubahan yang berlaku terhadap golongan sasar dari aspek sosial, ekonomi, politik dan juga alam sekitar.

SISTEM PENILAIAN

Modul Penilaian Outcome (MPO) SPP II

Merupakan salah satu modul berintegrasi dengan SPP II yang dibangunkan sebagai mekanisma penilaian projek secara dalam talian.

Ciri-Ciri MPO:

  1. Menyediakan templat laporan penilaian bagi menilai outcome terhadap pelaksanaan sesuatu program/projek.
  2. Penglibatan pegawai di Kementerian/Agensi lebih proaktif sebagai Penyedia/Pengesah/Peraku bagi memastikan kualiti laporan.
  3. Fleksibiliti bagi meminda/mengemaskini laporan penilaian outcome sedia ada.
  4. Fungsi semakan laporan oleh Bahagian Penilaian Strategik, ICU JPM autoriti untuk menolak dan menerima laporan.


GARIS PANDUAN

Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2012 (Garis Panduan Pengukuran Pencapaian Program/Projek Pembangunan Melalui Penilaian Outcome) yang dikeluarkan pada 19 Oktober 2012.

Garis Panduan Penilaian Program/Projek Pembangunan menyediakan garis panduan umum kepada Kementerian/Jabatan/Agensi dan pentadbiran negeri mengenai kaedah penyediaan penilaian outcome terhadap program/projek pembangunan.

Garis panduan ini memberikan panduan dan penjelasan berkenaan perkara berikut :

  1. Konsep Pengukuran Pencapaian Program/Projek Pembangunan ;
    - Takrifan;
    - Hubung Kait Penilaian Outcome Dalam Kitaran;
    - Prinsip Penilaian Outcome; dan
    - Terminologi Dalam Penilaian Outcome ;
  2. Langkah-langkah Menyediakan Penilaian Outcom ;
  3. Pengukuran Pencapaian; dan
  4. Hierarki Penilaian Outcome.
Muat turun Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2012