Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Pemantauan & Penilaian Program/Projek Pembangunan
Pemantauan Program/Projek
SISTEM PEMANTAUAN DALAM TALIAN

1) Modul Pemantauan
Modul Pemantauan di dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) merupakan instrumen pemantauan bagi membantu Kementerian serta Agensi Pusat dalam memantau pelaksanaan program/projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Private Finance Initiative (PFI) seperti yang digariskan dalam Arahan No. 1, 2018 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan oleh ICU JPM.

Kementerian/agensi bertanggungjawab mengemas kini maklumat dalam SPP II secara konsisten bagi memastikan integriti maklumat yang dijana daripada SPP II untuk penyediaan laporan kepada Majlis dan Jawatankuasa yang wujud di bawah Arahan No. 1. Laporan prestasi perbelanjaan, prestasi kemajuan projek dan pengemaskiniaan SPP II akan dilaporkan kepada semua kementerian dengan kekerapan dwi-mingguan.


2) Sistem iPANTAU
Sistem Integrated Project and Tracking Analysis Updates (iPantau) merupakan sistem dalaman ICU JPM yang menggabungkan format-format pelaporan hasil pemantauan dan penilaian pematuhan amalan terbaik pelaksanaan projek. Sistem ini merangkumi modul-modul berikut:

  • Modul Log Tindakan dan Modul P-Forensic :
    Merekodkan hasil lawatan pemantauan oleh pegawai pemantau dan pegawai teknikal ICU JPM bagi memudahkan proses follow up follow through terhadap masalah-masalah yang ditemui sewaktu lawatan pemantauan.

  • Modul Inspektorat :
    Merekodkan dapatan penilaian pematuhan amalan terbaik (best practices) dalam pelaksanaan program/projek pembangunan terpilih menerusi Aktivti Penilaian Inspektorat (API) oleh pegawai pemantau ICU JPM. Dapatan ini akan dilaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai salah satu Key Performance Indicator (KPI) Ketua Setiausaha Kementerian (KSU). Modul ini akan dibuka akses kepada Kementerian untuk pelaksanaan inisiatif DIY Monitoring & Evaluation bagi API Tahun 2019.

  • Modul Lawatan YB Menteri dan KSU :
    Pelaporan lawatan pemantauan projek oleh YB Menteri dan KSU Kementerian, terutamanya membabitkan projek-projek bermasalah dan berstatus Lewat Jadual selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Negara (MTN) Bilangan 2 Tahun 2009. Lawatan-lawatan ini dikira sebagai sebahagian daripada KPI YB Menteri dan KSU.


MESYUARAT PENYELARASAN UTAMA

1) Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Projek-Projek Pembangunan (JPPP)

Mesyuarat JPPP dipengerusikan oleh Ketua Pengarah ICU JPM melibatkan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian bersama wakil Kementerian Kewangan (MOF), wakil Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), wakil Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), wakil Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) serta wakil Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kekerapan dua kali setahun. Peranan dan fungsi mesyuarat JPPP merangkumi perkara berikut:

  • Menyelaras perancangan pelaksanaan semua program/ projek pembangunan di bawah Kementerian;
  • Memantau dan menilai pelaksanaan projek pembangunan yang bernilai tinggi dan berkepentingan nasional;
  • Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan projek-projek sektor awam; dan
  • Memperakukan sebarang perubahan dasar dan strategi pembangunan.

Sebarang isu dan masalah pelaksanaan projek-projek sektor awam yang masih tidak dapat diselesaikan akan dibawa ke platform penyelesaian masalah yang lebih tinggi seperti Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN) dan Majlis Tindakan Negara (MTN).


2) Jawatankuasa Pemantau Penguatkuasaan IBS (JPPIBS)

Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk memantau pelaksanaan IBS dalam projek-projek Kerajaan seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 1.4 (Pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) Dalam Projek Kerajaan). Pelaporan pelaksanaan IBS dalam projek-projek Kerajaan dijana daripada SPP II dan dilaporkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Audit Negara (JAN) dua (2) kali setahun. Isu-isu berkaitan pematuhan pelaksanaan IBS juga akan dibentangkan dalam mesyuarat JPPIBS yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah ICU JPM.

3) Problem Solving Committee (PSC) di peringkat Negeri

Jawatankuasa bagi tujuan penyelesaian isu dan masalah pelaksanaan projek di peringkat negeri membabitkan agensi pelaksana dan agensi-agensi berkaitan di peringkat negeri.


INISIATIF PEMANTAUAN

  1. Sesi Project Implementation Readiness (PIR) :
    Aktivti bagi menilai aspek ketersediaan pelaksanaan projek oleh Kementerian pada tahun semasa terutamanya projek-projek baru. Dapatan sesi PIR ini akan dibentangkan ke mesyuarat-mesyuarat utama.
  2. Sesi Reboot Pelan Pemulihan Projek-Projek Bermasalah :
    merupakan satu inisiatif penyelesaian masalah secara 'curative' dengan mensasarkan pemulihan projek dan tindakan-tindakan penyelesaian kepada isu/masalah berbangkit bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek Kerajaan.
  3. P-Forensic :
    Lawatan ke atas 'Projek Sakit' yang terpilih iaitu projek pembinaan yang mengalami kelewatan kemajuan fizikal melebihi 60 hari atau 20% daripada tarikh atau jadual yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu.
  4. Lawatan Penilaian Prestasi Pelaksanaan IBS :
    Inisiatif pemantauan pelaksanaan IBS bagi projek-projek Kerajaan.
  5. Pemantauan High Priority Projects seperti Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) dan Projek-Projek Pihak Berkuasa Koridor (PBK).
  6. Aktiviti Penilaian Inspektorat :
    Aktiviti bagi menilai aspek pematuhan amalan terbaik pelaksanaan projek-projek Kementerian oleh pegawai pemantau ICU JPM. Pencapaian bagi pematuhan amalan terbaik pelaksanaan projek akan dikemukakan kepada JPA sebagai salah satu Key Performance Indicator (KPI) Ketua Setiausaha Kementerian.
  7. Lawatan Healthcheck/Troubleshooting & Intervensi :
    Lawatan pemantauan oleh pegawai pemantau dan pegawai teknikal ICU JPM bagi memudahkan proses follow up follow through terhadap masalah-masalah yang ditemui sewaktu lawatan pemantauan.


GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN

  1. Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan oleh MOF.
  2. Garis Panduan Perancangan dan Penyediaan Program dan Projek Pembangunan oleh MEA.
  3. Garis Panduan Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2016. Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung skop pematuhan, kaedah pembiayaan, kaedah pelaksanaan dan pemakaian prosedur kerja terkini bagi kerja-kerja pengalihan dan pemasangan semula utiliti di semua tapak projek di dalam rizab Persekutuan dan Negeri yang terlibat membabitkan program dan projek Kerajaan di bawah RMKe-11 sama ada yang baru ataupun sambungan. Garis panduan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2020 bagi tempoh RMKe-11.
  4. Garis Panduan Pelaksanaan IBS Award (IBSA). IBSA diwujudkan untuk memberi pengiktirafan kepada Kementerian yang mematuhi pelaksanaan projek secara IBS dan untuk meningkatkan integriti, ketepatan laporan dan maklumat di dalam Sistem SPP II. Garis panduan ini bertujuan untuk akan memperjelaskan kaedah pengurusan tadbir urus, syarat-syarat penyertaan, tatacara permohonan, proses dan kriteria penilaian untuk anugerah IBSA.