Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Pemantauan & Penilaian Program/Projek Pembangunan
Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)
Latar Belakang
SPP II merupakan instrumen utama untuk memantau pelaksanaan program/projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Private Finance Initiative (PFI) seperti yang digariskan dalam Arahan No.1 2020 Jentera Penyelarasan Pelaksanaan oleh ICU JPM.

Pengguna SPP II
Merangkaikan peranan Kementerian/Agensi termasuk negeri dan daerah, Jabatan Teknik: Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Agensi Pusat: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), Perbendaharaan Malaysia (MOF) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) secara dalam talian.

Fungsi
Permohonan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program/projek pembangunan dilaksanakan secara holistik menggunakan SPP II melalui fungsi-fungsi berikut:

  1. Perancangan dan pelaksanaan projek secara terperinci meliputi permohonan/kelulusan projek, peruntukan tahunan, pemantauan kemajuan fizikal dan kewangan projek serta perubahan maklumat pelaksanaan projek (Modul e-Permohonan, Modul Bajet, Modul Pemantauan dan Modul Notis Perubahan).
  2. Kolaborasi strategik dan data exchange bagi memastikan integriti data (Integrasi dengan SKALA (JKR) dan CIMS (CIDB)).
  3. Penilaian projek berdasarkan pencapaian objektif dan impak terhadap kumpulan sasar (Modul Penilaian Outcome).

Pemantauan efektif melalui SPP II bukan sahaja dapat memastikan projek siap mengikut jadual, mencapai nilai untuk wang dan menjimatkan kos operasi tetapi lebih utama lagi memastikan kumpulan sasar mendapat manfaat dan agenda pembangunan negara direalisasikan (G2C). Pemantauan dan penyelesaian permasalahan dengan efektif memberi faedah kepada kontraktor dan industri pembangunan (G2B). Maklumat masalah projek dan tindakan penyelesaian digunakan bagi menyelesaikan kelewatan projek dan isu-isu cross cutting di antara Kementerian/Agensi. Penemuan isu pelaksanaan dan penyelesaian dijadikan pengajaran dan kawalan risiko kepada projek akan datang (G2G).

Sistem Pemantauan Projek (SPPII)