Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Arahan No.1 Y.A.B. Perdana Menteri
Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan
PERINGKAT PERSEKUTUAN
  1. Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN)
    MTPN merupakan platform tertinggi yang memutuskan strategi pelaksanaan dan hala tuju penyelesaian agenda pembangunan negara.

  2. Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negara (JTPN)
    JTPN berfungsi memastikan semua keputusan MTPN dilaksanakan. JTPN juga berperanan menangani penyelesaian isu serta masalah pelaksanaan program/projek pembangunan.

  3. Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK)
    MTPK bertindak memastikan semua keputusan MTPN dan JTPN dilaksanakan sepenuhnya di peringkat kementerian. MTPK turut berperanan menangani penyelesaian isu serta masalah pelaksanaan program/projek pembangunan di bawah kementerian.
PERINGKAT NEGERI
  1. Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg)
    MTPNg berfungsi memastikan semua keputusan MTPN dan JTPN dilaksanakan sepenuhnya di peringkat negeri. Di samping itu, MTPNg berperanan menangani penyelesaian isu serta masalah pelaksanaan program/projek pembangunan di peringkat negeri.
PERINGKAT WILAYAH/DAERAH/BAHAGIAN
  1. Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Wilayah (JTPW)/Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD)/Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Bahagian (JTPB)
    JTPW/JTPD/JTPB ditubuhkan bagi memastikan semua keputusan MTPNg dilaksanakan sepenuhnya di peringkat Wilayah/Daerah/Bahagian (Sarawak).