Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Arahan No.1 Y.A.B. Perdana Menteri
Latar Belakang
  1. Arahan No. 1 yang pertama dikeluarkan pada tahun 1971 bagi menyelaras dan mengawasi pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di samping membanteras ancaman komunis.

    Arahan ini telah dipinda sebanyak 6 kali dan digantikan dengan Arahan No. 1 1991, Arahan No. 1 1996, Arahan No. 1 2001, Arahan No. 1 2004, Arahan No. 1 2010 dan Arahan No. 1 2018 (Pindaan 31 Oktober 2018).

    Bagi membolehkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan digerakkan dengan lebih terancang dengan tumpuan kepada penambahbaikan penyelarasan peringkat persekutuan, negeri dan daerah serta berpaksikan aspirasi di bawah WKB 2030, arahan tersebut ditambah baik kepada Arahan No. 1 2020 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020.


  2. Strategi utama Arahan No. 1 2020 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara (Arahan) adalah seperti berikut:

    1. Memperkukuh mekanisme pemantauan pengesanan jurang pencapaian program pembangunan bagi memastikan penyertaan yang seimbang di kalangan kumpulan etnik, kumpulan pendapatan dan wilayah serta menyokong usaha ke arah pertumbuhan ekonomi bagi mencapai potensi sebenar;
    2. Memperkukuh instrumen komunikasi mencakupi pelbagai peringkat dan memastikan penglibatan bersama Anggota Pentadbiran ke arah penyampaian matlamat pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat;Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan program/projek pembangunan menerusi pemantapan keseluruhan kitaran program/projek mencakupi perancangan, pemantauan dan penilaian bagi menyokong pembangunan negara; dan
    3. Memperhebat penyelarasan di lapangan bagi meminimumkan risiko kegagalan program/projek pembangunan serta pelaksanaan intervensi yang berkesan.