Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Arahan No.1 Y.A.B. Perdana Menteri
Tujuan
  1. Arahan ini bertujuan menjelas dan menambah baik mekanisme penyelarasan perancangan, pelaksanaan dan penilaian program/projek di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) serta inisiatif-inisiatif semasa kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

  2. Mekanisme penyelarasan ini juga bermatlamat menyokong dan merealisasikan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang membawa maksud pertumbuhan yang lebih saksama, memberikan nilai yang lebih tinggi kepada ekonomi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kompetitif, berintegriti dan bermaruah.