Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Khazanah Bestari
Pusat Sumber ICU JPM menyediakan perkhidmatan seperti berikut :
  1. Perkhidmatan Rujukan dan Pencarian Maklumat
    Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pegawai mencari bahan/maklumat yang diperlukan sama ada pertanyaan melalui telefon, surat, e-mel atau datang sendiri ke Pusat Sumber.
  2. Perkhidmatan Pinjaman
    Pusat Sumber menyediakan perkhidmatan pendaftaran keahlian, pinjaman serta tempahan bahan-bahan untuk pinjaman. Semua warga ICU JPM perlu mendaftar sebagai ahli bagi membolehkan mereka membuat pinjaman buku dan bahan-bahan yang lain. Setiap ahli hanya dibenarkan meminjam sebanyak empat (4) judul bahan sahaja pada satu-satu masa. Tempoh pinjaman adalah seperti berikut :
    BAHANTEMPOH
    Buku Biasa1 Bulan
    Buku Rujukan Peperiksaan2 Minggu
    Majalah / Laporan Tahunan1 Minggu
    CD1 Minggu
  3. Perkhidmatan Kesedaran Semasa
    Pusat Sumber akan memaklumkan dari semasa ke semasa bahan-bahan terbaru yang diperolehi melalui e-mel, termasuklah senarai buku baru, pameran buku-buku baru dan halaman kandungan majalah.
  4. Waktu Perkhidmatan
    MASA PEMBUKAAN
    Isnin - Khamis8.00 pagi - 5 petang
    Jumaat8.00 pagi - 12.15 tengah hari
    2.45 petang - 5.00 petang
    Sabtu, Ahad dan Cuti AmTutup

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber bolehlah menghubungi Pegawai Bertugas di talian 03-8872 6436.


Keahlian

Keahlian Pusat Sumber terbuka kepada semua warga ICU JPM. Permohonan keahlian boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pusat Sumber atau memuat turun borang tersebut secara dalam talian melalui laman sesawang ICU JPM.