Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Khazanah Bestari
Latarbelakang

Pusat Sumber Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah dibuka secara rasmi pada 13 September 2002. Terletak di Aras 2, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, di bawah penyeliaan Seksyen Pehubungan Awam (SPA), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Ibu Pejabat ICU JPM.

Seiring dengan kematangannya selaku gedung ilmu, nama pusat sumber telah diubah kepada Khazanah Bestari. Nama Khazanah Bestari diperolehi menerusi undian secara atas talian oleh warga ICU JPM. Pelancaran nama baru Khazanah Bestari telah disempurnakan oleh mantan Ketua Pengarah ICU JPM Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof pada 25 Mei 2015.

Khazanah Bestari bukan sahaja tertumpu kepada peminjaman dan pemulangan buku sahaja, malahan merupakan pusat penyebaran ilmu, perkongsian maklumat, diskusi dan latihan kepada warga ICU JPM menerusi pelbagai program dan latihan seperti Program BOOKS4U, Sesi GOOD A.M. dan program Classroom.


Koleksi

Koleksi di Khazanah Bestari adalah terdiri daripada terbitan bersiri, laporan dan CD yang diterbitkan oleh ICU JPM dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Terbitan ini merangkumi bidang-bidang berkaitan pentadbiran awam, dasar kerajaan, pengurusan, politik, teknologi maklumat dan isu semasa. Khazanah Bestari turut mengadakan kerjasama dengan Perpustakaan Negara Malaysia dengan mengadakan pinjaman berkelompok bagi menyediakan bacaan santai seperti novel dan buku kanak-kanak.