Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Dewan/Bilik Mesyuarat

Maklumat Kemudahan Dewan/Bilik Mesyuarat Guna Sama Bangunan Perdana Putra, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM)

Bertanggungjawab menjaga dan menyelia lima (5) kemudahan di Dewan/Bilik Mesyuarat Guna sama ICU JPM iaitu :

  1. Dewan Taklimat
  2. Dewan Persidangan
  3. Dewan Teater
  4. Dewan Bankuet
  5. Bilik Latihan Komputer

Pada amnya, kemudahan ini adalah mengikut terma dan syarat penggunaan untuk kegunaan pejabat seperti berikut:

  1. Pejabat Perdana Menteri
  2. Pejabat Timbalan Perdana Menteri
  3. Pejabat Ketua Setiausaha Negara
  4. ICU JPM sebagai urus setia kepada:-
    i. Majlis Tindakan Negara
    ii. Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara
  5. Kementerian dan Agensi Kerajaan

1) Dewan Taklimat

Tempat : Aras 1, Blok Timur
Penggunaan: Taklimat dan ceramah

Kapasiti Dewan:

  • Jumlah kapasiti : 300 orang
  • Jumlah kerusi banquet : 300 (kerusi kenamaan = 24, kerusi biasa : 276)
  • Mempunyai pentas dengan keluasan 3m x 1.5m
Kemudahan Audio Visual:
  • Sistem Bunyi Berpusat
  • Sistem Tayangan Visual
    - Skrin Pegun
    - Projektor LCD
    - Antara muka Komputer
  • Sistem Rakaman
Pentas di Dewan Taklimat Bilik Menunggu Dewan Taklimat Dewan Taklimat

2) Dewan Persidangan

Tempat : Aras 1, Blok Timur
Penggunaan : Mesyuarat

Kapasiti Dewan:
  • Jumlah kapasiti : 99 orang
    - kerusi dilengkapi kemudahan mikrofon : 67
    - kerusi tanpa kemudahan mikrofon: 32
Kemudahan Audio Visual:
  • Sistem Bunyi Berpusat
  • Sistem Tayangan Visual
    - Skrin Pegun
    - Projektor LCD
    - Antara Muka Komputer
  • Sistem Persidangan Audio
  • Sistem Rakaman
Dewan Persidangan Hadapan Dewan Persidangan

3) Dewan Teater

Tempat : Aras 1 dan Aras G, Blok Timur
Penggunaan : Ceramah dan latihan

Kapasiti Dewan :
  • Jumlah kapasiti : 124 orang
  • Keluasan pentas : 400m x 150m
Kemudahan audio visual:
  • Sistem Bunyi Berpusat
  • Sistem Tayangan Visual
    - Skrin bermotor
    - Projektor LCD
    - Antara muka Komputer
  • Sistem Kawalan Jauh Bersepadu
    - Kawalan Utama
    - Panel Kawalan LCD
  • Sistem Pencahayaan Pentas
  • Tirai Pentas
  • Sistem Rakaman
Teater dari atas Teater dari bawah

4) Dewan Bankuet

Tempat: Aras 1, Blok Timur

Kapasiti Dewan :
  • Jumlah kapasiti : 200 orang
  • Jumlah meja bulat : 20 buah
  • Bilik Pantri/ Bilik Penyediaan Makanan
Kemudahan Audio Visual :
  • Peralatan Siar raya
  • Pemain Cakera (DVD/CD)
Dewan Makan

5) Bilik Latihan Komputer

Tempat: Aras 2, Blok Timur

Kemudahan:
  • Dilengkapi dengan 20 buah unit komputer
Bilik Latihan


Untuk tempahan, sila hubungi :

Unit MedICT
Pusat Bank Data Negara & Inovasi
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Call Centre (03-8888 1717/1718)

Kaedah Tempahan

Tempahan kemudahan Dewan/Bilik Mesyuarat Guna Sama Bangunan Perdana Putra ini boleh dibuat melalui tempahan online melalui Sistem eBooking. Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh penggunaan. Kelulusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat penggunaan.


Maklumat Am
  1. Penggunaan bilik/dewan adalah berdasarkan tempahan awal kecuali melibatkan Y.A.B. Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara dan Menteri. Keutamaan seterusnya diikuti dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan Kementerian/Agensi yang lain.
  2. Urus setia mesyuarat digalakkan untuk membuat tinjauan tempat dan kemudahan yang diperlukan.
  3. Urus setia mesyuarat digalakkan untuk membuat latihan/raptai bagi memastikan perjalanan majlis lancar dan sempurna.
  4. Perkhidmatan dan bantuan teknikal audio visual boleh didapati daripada juruteknik yang bertugas di dewan berikut :
    Dewan Taklimat : 03-8872 6433
    Dewan Persidangan : 03-8872 6432
    Dewan Teater : 03-8872 6435
  5. Petugas/pelawat secara berkumpulan atau bersendirian diwajibkan untuk melapor diri kepada Pegawai Keselamatan di Lobi Kompleks JPM.
  6. Setiap pembekal makanan yang menerima tempahan daripada JPM perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Susun atur kerusi dan kebersihan adalah menjadi tanggungjawab pembekal makanan/urus setia mesyuarat.
  7. Petugas/pelawat hendaklah berpakaian formal.
  8. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah dilarang memasuki kawasan ini.