Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Aktiviti 2021

BENGKEL MENCABAR POTENSI DIRI DAN KEHEBATAN DIRI (HEBAT) SIRI 1
BENGKEL MENCABAR POTENSI DIRI DAN KEHEBATAN DIRI (HEBAT) SIRI 1
18 Mac 2021, Bangunan Perdana Putra - Bahagian Khidmat Pengurusan (ICU JPM) telah menganjurkan Bengkel Mencabar Potensi Dan Kehebatan Diri (HEBAT) Siri 1 bagi Tahun 2021 yang bertempat di Dewan Banquet, Aras 1, Blok Timur. Bengkel ini dipengerusikan oleh Dr.Mohd Zulkifli Hassan selaku Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan. Bengkel ini dijalankan selama sehari dan dihadiri warga kerja Bahagian Khidmat Pengurusan.

Dalam bengkel tersebut menekankan IMPIAN yang terdiri dari lapan (8) ASPEK kehidupan. Semua kejayaan yang besar bermula dengan impian. Impian yang pertama kali muncul di minda dan seterusnya muncul dalam kehidupan kita. Untuk membina IMEJ KEJAYAAN, kita harus membuat keputusan dengan pilihan APA yang diimpikan untuk 12 bulan ke depan. Di dalam bengkel tersebut warga kerja Bahagian Khidmat Pengurusan perlu mencari dan mencipta BIG WHY agar mencapai kejayaan dalam impian.

Warga kerja Bahagian Khidmat Pengurusan turut melibatkan diri dengan mengambil bahagian di setiap acara yang dijalankan oleh pihak urus setia. Inia mat penting kerana proses pembelajaran yang berkesan adalah "Experiental Learning". Melalui penglibatan diri akan menghasilkan sesuatu pengalaman yang menjadi wadah membentuk persepsi atau pola pemikiran yang baharu.

Pada akhir bengkel tersebut, warga kerja Bahagian Khidmat Pengurusan disajikan dengan video-video motivasi diri dan lagu selingan untuk mempertingkatkan tindakan yang mampu mengubah nasib.

"Ilmu tanpa Tindakan adalah kekosongan;
Tindakan tanpa Ilmu adalah Kegelapan"
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Rogby Faziana Mohd Puzi, Seksyen Perhubungan Awam
Kemas kini 19/03/2021

236 Capaian