Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Aktiviti 2020

Wanita…Kau Sungguh Hebat !
Wanita…Kau Sungguh Hebat !
Wanita…Kau Sungguh Hebat! Itu antara bait kata oleh Ketua Pengarah ICU JPM, Datuk Nor Azri Zulfakar dalam video ucapan beliau sempena Hari Wanita Antarabangsa 2020 kepada warga kerja wanita ICU JPM.

Sebagai tanda penghargaan, Puspanita ICU JPM telah membuat kejutan kepada seramai 230 orang pegawai wanita ICU JPM dengan pemberian muffin dan kad ucapan. Sambutan julung kali ini disambut dengan istimewa apabila bingkisan tersebut dihantar terus ke meja mereka.

Ketua Pengarah ICU JPM, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah bahagian berpeluang menyampaikan sendiri kepada pegawai masing-masing.

Tema pada tahun 2020 ini ialah 'An Equal World is an Enabled World' dengan tanda pagar #Eachforequal. Tema ini mengajak kaum wanita untuk terus menyuntik keazaman bagi meneruskan langkah proaktif dalam usaha membentuk masyarakat dunia yang ada jati diri serta mampu mengharungi cabaran semasa dan memberi tumpuan kepada cara-cara inovatif.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Nordianna Lassim,Seksyen Perhubungan Awam
Kemas kini 10/03/2020

412 Capaian