Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Aktiviti 2019

Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM Bil. 8/2019
Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM Bil. 8/2019
Kota Kinabalu, 9-11 Disember 2019 - Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM Bil. 8/2019 telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Datuk Nor Azri Zulfakar, Ketua Pengarah ICU JPM. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan, Datuk Dr. Shahrazat Hj. Ahmad, TKP Sektor Pembangunan Strategik, Dr. Aizi Razman Ismail, TKP Sektor Penyelarasan Projek Khas, Datuk Mohd Razali Wahab, dan Pengarah-Pengarah Bahagian serta negeri.

Pada hari pertama, sesi khas : Creating A Game Changing High Performance Organization telah diadakan bagi membincangkan idea-idea terbaharu untuk meningkatkan prestasi dan kualiti jabatan.

Mesyuarat diteruskan pada hari kedua dengan beberapa kertas perbincangan telah dibentangkan serta perkara- perkara berbangkit berkaitan ICU JPM. Turut diadakan Majlis Apresiasi Prestasi 2018 bagi pegawai Pejabat Pembangunan Sabah dan Sarawak. Masing-masing telah menerima wang tunai berjumlah RM500 berserta sijil.

Selain itu beberapa sesi lawatan telah diadakan. Setiap kumpulan diwajibkan membuat laporan pemerhatian dan cadangan penambahbaikan hasil lawatan. Terdapat 3 kumpulan iaitu :
  1. Kumpulan 1 : Outdoor Leadership Program
  2. Kumpulan 2 : I Care For You
  3. Kumpulan 3 : Program Outdoor - Projek Khas
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Nordianna Lassim,Seksyen Perhubungan Awam
Kemas kini 20/12/2019

1355 Capaian
Aktiviti 2019
Disember November Oktober September Ogos Julai Jun Mei April Mac Februari Januari