Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Aktiviti 2018

Bengkel Kick Off Projek Pembangunan Pelan Strategik ICT (PSICT) ICU JPM 2019-2021
Bengkel  Kick Off Projek Pembangunan Pelan Strategik ICT (PSICT) ICU JPM 2019-2021
Bengkel Kick Off Projek Pembangunan Pelan Strategik ICT (PSICT) ICU JPM 2019-2021 telah diadakan pada 20 Julai 2018 di Dewan Banquet, Aras 1, ICU JPM. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zolkopli Bin Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Strategik, ICU JPM. Seramai 39 orang pegawai telah hadir ke bengkel ini.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memaklum dan memberi penerangan mengenai perancangan pembangunan PSICT ICU JPM bagi tahun 2019-2021 khusus kepada Jawatan Kuasa Tadbir Urus Projek PSICT ICU JPM. Jawatan Kuasa Tadbir Urus Projek PSICT ICU JPM terdiri daripada pegawai di 10 Bahagian dan 6 Pejabat Pembangunan Negeri ICU JPM seperti berikut:
  1. Bahagian Khidmat Pengurusan
  2. Bahagian Penilaian Strategik
  3. Bahagian Pemantauan Pembangunan
  4. Bahagian Projek Khas
  5. Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang
  6. Bahagian Susun Semula Masyarakat
  7. Bahagian Kesejahteraan Rakyat
  8. Unit Integriti
  9. Bahagian Business Licensing Electronic Support System
  10. Bahagian Konsultatif Dan Referal Teknikal
  11. Pejabat Pembangunan Negeri Johor
  12. Pejabat Pembangunan Negeri Perak
  13. Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu
  14. Pejabat Pembangunan Negeri Sabah
  15. Pejabat Pembangunan Negeri Selangor
  16. Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan
PSICT ICU JPM 2019-2021 dibangunkan secara dalaman (in-house) dengan mendapat khidmat perundingan daripada Unit Perundingan Perancangan Strategik ICT, Bahagian Perundingan ICT, MAMPU. PSICT menggunakan metodologi Perancangan Strategik ICT (PerSI) yang dibangunkan oleh MAMPU. Aktiviti utama adalah seperti berikut:
  1. Analisis persekitaran semasa-bisnes dan ICT;
  2. Membangunkan hala tuju strategik ICT;
  3. Membangunkan pelan pelaksanaan ICT; dan
  4.   Menyediakan dokumen PSICT.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Asmah Adam - NADI
Kemas kini 26/07/2018

575 Capaian