Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Aktiviti 2018

Program BOOKS4U, Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit
Program BOOKS4U, Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit
Bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April setiap tahun, Khazanah Bestari, Seksyen Perhubungan Awam dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil ICU JPM telah menganjurkan sesi Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dalam Program BOOKS4U pada hari Isnin 23 April 2017. 

Sesi ini telah diadakan di Dewan Teater, Bangunan Perdana Putra dengan disertai oleh Ketua Pengarah ICU JPM, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Encik Asmar Asmadi Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Seksyen Perhubungan Awam Encik Saleki Amat Januri bersama tetamu jemputan Encik Nashrudin Elias dari Briged Seni KDN, Pegawai Penerangan LPPKN Encik Fikri Yazan dan warga kerja ICU JPM. 

 Sesi ini telah dilaksanakan pada jam 3:00petang di mana semua peserta membaca apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari selama 10 minit. Konsep membaca selama 10 minit ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana semua peserta tanpa mengira apa jua aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak. Tujuannya sebagai galakan membaca, bermula dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen warga ICU terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Selepas sesi Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit, program diteruskan dengan Bual Bicara Santai tentang Kuasa Buku dan Ilmu bersama Encik Nashrudin Elias. Beliau telah berkongsi pengalaman hidup beliau sebagai anak seni dan kepentingan membaca dan menuntut ilmu. Sesi perkongsian ilmu seterusnya ialah tentang Work Life Balance yang telah disampaikan oleh Pegawai Penerangan LPPKN Encik Fikri Yazan. Penyampaiannya tentang keseimbangan dalam kerjaya dan kehidupan memang nampak bersahaja dan penuh dengan unsur humor tetapi memberikan mesej dan ilmu yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan. 

LPPKN turut mengadakan pameran kesihatan seperti pemeriksaan darah, ujian saringan stress, ujian saringan personaliti serta urutan MamaCare dan PapaCare. Selain LPPKN, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut mengadakan simulasi proses pengundian sempena Pilihan Raya Umum (PRU14) yang akan diadakan pada 9 Mei 2018. Pihak Puspanita turut memeriahkan program ini dengan mengadakan jualan makanan dan produk kesihatan.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Azleen Suzana Zakaria,SPA
Kemas kini 27/04/2018

597 Capaian