Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Aktiviti 2018

Penjawat Awam Diseru Pulihkan Malaysia
Penjawat Awam Diseru Pulihkan Malaysia
Penjawat awam diseru agar membantu pentadbiran kerajaan baharu bagi memulihkan Malaysia. Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata penjawat awam harus sedar pentadbiran negara yang dahulu dianggap terbaik dalam kalangan negara Komanwel kini sudah tidak lagi dihormati seperti dahulu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana Putra, Putrajaya pada Isnin,21Mei 2018. Perjumpaan rasmi ini adalah yang pertama selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 11 Mei, berikutan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Tun Mahathir berkata penjawat awam perlu memulakan tindakan baharu dengan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan mereka bersikap integriti dan jujur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Seorang penjawat awam khususnya pegawai kanan perlu ada keupayaan untuk memberikan nasihat yang betul apabila berlaku sesuatu perkara melibatkan konflik kepentingan agar tugasan boleh dijalankan dengan amanah.  Beliau menambah, perkhidmatan awam perlu mematuhi sepenuhnya kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan urus tadbir tanpa takut atau pilih kasih. 

Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Azleen Suzana Zakaria,SPA
Kemas kini 22/05/2018

581 Capaian