Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Aktiviti 2018

Pensijilan semula ISMS ISO/IEC 27001:2013
Pensijilan semula ISMS ISO/IEC 27001:2013
Salah satu inisiatif ICU JPM untuk memperkasakan tahap keselamatan ICT ialah melalui pensijilan ISMS ISO/IEC 27001:2013 dengan skop The Information Security Management System for Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) Covering Data Center Operation yang telah diperolehi oleh ICU JPM sejak 2011. Selaras dengan itu, pada tahun ini ICU JPM akan meneruskan persijilan semula yang merupakan syarat bagi mengekalkan pensijilan ISMS. Pensijilan ini bukan untuk pengiktirafan semata-mata tetapi merupakan pelaksanaan amalan keselamatan ICT berterusan bagi menjamin keselamatan ICT terutama yang melibatkan core business ICU JPM khususnya SPP II.

Pada 17-18 April 2018 yang lalu, telah berlangsung sesi pengauditan semula dari pihak SIRIM Berhad dan sekali lagi ICU JPM telah berjaya mengekalkan persijilan ISMS.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Nor Suzana - NADI
Kemas kini 20/04/2018

683 Capaian