Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Aktiviti 2018

Sesi Taklimat Ringkas Sistem Pengurusan Kerjaya Sektor Awam (SPK v2.0)
Sesi Taklimat Ringkas Sistem Pengurusan Kerjaya Sektor Awam (SPK v2.0)
Sesi taklimat ringkas pengemaskinian maklumat Sistem Pengurusan Kerjaya Sektor Awam (SPK v2.0) telah diadakan pada 9 Mac 2018 di Bilik Mesyuarat PRIMA NADI, ICU JPM.

Sesi ini dihadiri oleh Pegawai Teknologi Maklumat (PTM), Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dan Juruteknik di NADI seramai 30 orang. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memastikan peserta taklimat mengetahui butiran maklumat yang perlu dikemaskini di dalam SPK. SPK v2.0 dibangunkan oleh MAMPU bertujuan untuk:
  1. Mengukuhkan pengurusan sumber manusia dengan menambahbaik skim semasa Personel ICT dari mula lantikan sehingga penamatan perkhidmatan supaya pengurusan dan kemajuan kerjaya adalah lebih komprehensif;
  2. Mengukuhkan kemajuan kerjaya dengan pengwujudan sistem pengurusan dan perancangan kemajuan kerjaya Personel ICT yang sistematik;
  3. Melahirkan Personel ICT profesional yang berkompetensi, berprestasi tinggi serta berdaya saing; dan
  4. Mengukuhkan tadbir urus dan pengurusan perkhidmatan ICT di peringkat agensi pusat dan agensi sektor awam.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Azura Ibrahim - NADI
Kemas kini 30/03/2018

499 Capaian