Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Aktiviti 2018

Peningkatan e-Permohonan Selaras Dengan Rolling Plan (RP4) RMK-11
Peningkatan e-Permohonan Selaras Dengan Rolling Plan (RP4) RMK-11
Modul ePermohonan SPP II ditingkatkan dengan mengambil kira keperluan-keperluan baru Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi RP4 RMK11. Modul ini disediakan untuk permohonan projek bagi RP4 RMK 11 oleh kementerian dan agensi yang terlibat dan dilaksanakan secara atas talian. Setiap permohonan akan disemak, diperaku dan dilulus oleh UPE. Peningkatan ePermohonan ini dapat meningkatkan keefisienan sistem penyampaian UPE di peringkat pemeriksaan bajet dan kelulusan projek yang dimohon. Ini secara tidak langsung memberi impak terhadap kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi.

Sesi taklimat permohonan projek Rolling Plan 4 (RP 4) RMK 11 melalui Modul e-Permohonan SPP II kepada pegawai-pegawai ICU dan UPE serta 24 kementerian telah diadakan sebanyak 5 sesi pada 6 - 8 Mac 2018 bertempat di Bilik Latihan ICU JPM manakala sesi Lab e-Permohonan pula telah berlangsung bermula 9 - 31 Mac 2017 di beberapa lokasi mengikut kementerian.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Norhafizah Abu Bakar - NADI
Kemas kini 16/03/2018

904 Capaian