Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Aktiviti 2018

Bengkel Media Sosial Pertama (Penggunaan Facebook) ICU JPM
Bengkel Media Sosial Pertama (Penggunaan Facebook) ICU JPM
Bengkel Media Sosial pertama (Penggunaan Facebook) ICU JPM telah diadakan pada 7 Mac 2018 di Dewan Banquet, Aras 1, ICU JPM. Bengkel ini bertujuan untuk menyahut saranan YBhg. Tan Sri KSN iaitu menggalakkan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dikalangan pegawai kerajaan sebagai saluran komunikasi pantas dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) ICU JPM Bil 1/2018 pada 7 Februari 2018 juga telah bersetuju supaya NADI menganjurkan bengkel Media Sosial ini untuk memberi penerangan dan kefahaman penggunaannya kepada warga ICU JPM yang berminat.

Bengkel ini telah mendapat sokongan daripada Pengurusan Tertinggi ICU JPM dengan kehadiran YBhg. Datuk Zolkopli Bin Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Strategik, ICU JPM. Bengkel ini telah dilaksanakan dengan 2 sesi iaitu pada sesi pagi dan sesi petang dengan kehadiran peserta seramai 60 orang mewakili semua bahagian di ICU JPM.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Asmah Adam - NADI
Kemas kini 13/03/2018

547 Capaian