Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Aktiviti 2018

Bengkel Penilaian Outcome dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan & Penilaian Peringkat Negeri (JPPPNg) Bil. 4 Tahun 2018 di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Melaka
Bengkel Penilaian Outcome dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan & Penilaian Peringkat Negeri (JPPPNg) Bil. 4 Tahun 2018 di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Melaka
Bengkel Penilaian Outcome Tahun 2018 telah diadakan melibatkan pegawai-pegawai daripada Ibu Pejabat dan Pejabat-Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri. Bengkel tersebut yang bermula dari 17 Disember 2018 sehingga 18 Disember 2018 dikendalikan oleh Bahagian Penilaian Strategik sebagai penceramah dan fasilitator. Tujuan bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada para pegawai mengenai proses penilaian outcome yang dilaksanakan oleh kementerian menerusi sesi hands-on dan sesi perkongsian oleh pasukan penilaian outcome dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Majlis Makan Malam Kenangan Terindah turut diadakan pada sebelah malam 18 Disember 2018 bagi meraikan kehadiran Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof serta para pegawai yang terlibat dalam Bengkel Penilaian Outcome serta Mesyuarat JPPPNg pada keesokan hari.

Mesyuarat JPPPNg Bil. 4 Tahun 2018 diadakan pada 19 Disember 2018 melibatkan para pegawai Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan di Ibu Pejabat serta Pejabat-Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Pengarah ICU JPM membincangkan isu-isu pelaksanaan projek pembangunan di peringkat negeri seperti isu tanah, kelulusan Kebenaran Merancang dan isu syarikat-syarikat utiliti.

Sumber : Bhg. Pemantauan Penilaian
Kemas kini 31/12/2018

968 Capaian