Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam ICU JPM (AKRAB)

Pengenalan

Apa itu AKRAB ?

AKRAB ialah organisasi yang ditubuhkan bagi melahirkan rakan pembimbing sekerja untuk membantu melahirkan suasana budaya kerja yang positif di jabatan atau agensi kerajaan di seluruh Malaysia. AKRAB ialah gabungan daripada 5 perkataan utama :

  • A untuk Amanah
  • K untuk Komitmen
  • R untuk Rasional
  • A untuk Akhlak
  • B untuk Bestari

Visi
Menjadikan AKRAB penggerak Budaya Kerja Kelas Pertama dalam organisasi.

Misi
  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan.
  • Berperanan sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.

Objektif
Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan.

Motto
“Berkhidmat Membimbing”

Falsafah
Sebagai ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu : “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.

Prinsip
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.


Peranan
  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  • Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik.
  • Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan.
  • Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.

Etika
  • Amanah dan menyimpan rahsia.
  • Menerima dan menghormati orang lain.
  • Memahami batasan dan keupayaan diri.
  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran daripada pelbagai aspek.
  • Melaporkan kepada kaunselor tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain.
  • Merujuk kes/permasalahan yang rumit kepada pegawai psikologi.
  • Memahami peraturan dan etika perkhidmatan awam.