Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Profil Jabatan

Visi
Agensi Pusat Yang Unggul Dalam Penyelarasan Dan Pemantauan Pembangunan Negara
Misi
Agensi Pusat Yang Memacu Pembangunan Negara Melalui Penyelarasan, Pemantauan, Pelaksanaan Dan Penilaian Dasar, Program dan Projek Dengan Mengamalkan Tadbir Urus Yang Baik Dan Budaya Kerja Yang Kreatif, Inovatif dan Berintegriti
Moto
Struktur Visi & Misi

Punca Kuasa
  • P.U.(A)203 Akta Tugas-tugas Menteri 1969
  • Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 2009
  • Arahan No. 1, 2010 Majlis Tindakan Negara
  • Keputusan Jemaah Menteri
  • Arahan Pentadbiran YBhg. Ketua Setiausaha Negara dan Lain-lain
  • Arahan Y.A.B. Perdana Menteri dan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri yang di keluarkan dari semasa ke semasa

Etika Kerja
  • Sentiasa Awal dan Mendahului
  • Sentiasa Bersemangat
  • Sentiasa Tekun dan Rajin
  • Sentiasa Positif dan Optimistik
  • Kenali Potensi dan Kehebatan Diri
  • Sentiasa Cekal dan Tabah
  • Sentiasa Memperbaiki Diri dan Keadaan
  • Sentiasa Menghasilkan Kerja Yang Cemerlang
  • Sentiasa Bersyukur
  • Sentiasa Berdoa
  • Sentiasa Tawadduk
  • Sentiasa Tersenyum

Perkhidmatan Teras Utama
  1. Menyelaras, memantau, menilai pelaksanaan dan outcome Program/Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).
  2. Mengurus peruntukan serta melaksana dan memantau Program/Projek Khas Y.A.B. Perdana Menteri.
  3. Menyelaras, memantau dan menilai Program/Projek Kesejahteraan Rakyat.

Perkhidmatan Teras
  1. Menyelaras, melaksana, memantau dan menilai Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas dan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam di bawah Peruntukan Kementerian Kewangan.
  2. Menjadi urusetia kepada jentera penyelarasan pelaksanaan di bawah Arahan No. 1, 2018 dan Mesyuarat-mesyuarat Utama Kerajaan.
  3. Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi Badan Berkanun Persekutuan (BBP) berdasarkan Pekeliling-pekeliling yang berkaitan.
  4. Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi Penyusunan Semula Masyarakat dan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang.

Pengurusan Sokongan
  1. Mengurus bayaran kepada kontraktor/pembekal dalam masa 14 hari selepas dokumen lengkap diterima.