Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Piagam Pelanggan

Komitmen :
"ICU JPM Akan Memberikan Perkhidmatan Yang Cemerlang, Berkualiti Dan Berintegriti Melalui Amalan Urus Tadbir Yang Terbaik Dengan Berkesan Berasaskan Piagam Pelanggan Seperti Berikut :

    Perkhidmatan Teras Utama
  1. Memberi maklum balas terhadap Laporan Prestasi Pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) kepada Kementerian dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permintaan.
  2. Memberi maklum balas kepada permohonan runding cara dalam penilaian outcome program/projek kepada agensi dalam tempoh tiga (3) hari daripada permohonan diterima.
  3. Memberi maklum balas awal terhadap permohonan khidmat nasihat, rundingan dan sokongan teknikal berkaitan dengan pengurusan Projek Pembangunan dalam tempoh tiga (3) hari selepas menerima permohonan.
  4. Mengemukakan ulasan kepada Memorandum Jemaah Menteri ke Kementerian dalam tempoh sepuluh (10) hari daripada tarikh penerimaan notis.
  5. Memberi keputusan permohonan projek yang dikemukakan melalui eKhas dalam tempoh tiga (3) hari.
  6. Menjana senarai profil Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin/Miskin Tegar daripada eKasih dalam tempoh dua (2) hari selepas perbincangan dan persetujuan dibuat ke atas kriteria maklumat dibuat.
  7. Memberi maklum balas awal terhadap permohonan/pertanyaan berkaitan projek/program Bumiputera Sabah/Sarawak dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permohonan diterima.
  8. Perkhidmatan Sokongan
  9. Memberi maklum balas terhadap permohonan mengadakan latihan/taklimat SPP II dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh permohonan diterima.
  10. Memberi maklum balas pertama bagi pertanyaan/permohonan/aduan Information and Communication Technology (ICT) yang diterima melalui Call Centre ICU JPM dalam tempoh satu (1) hari.
  11. Memberi maklum balas pertama kepada pertanyaan/aduan awam dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

Pemulihan Perkhidmatan :
Jika Atas Sebab-Sebab Tertentu ICU JPM Tidak Dapat Menunaikan Tanggungjawab Dalam Tempoh Yang Dijanjikan, Kami Akan Dengan Serta Merta Memberi Jaminan Kepada Pihak Pelanggan Untuk Melaksanakannya Dalam Masa Yang Dipersetujui.”
Nota : Komitmen ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2021 dan telah melalui proses semakan/gubalan semula pada 1 Disember 2018.

STAKEHOLDER DAN PELANGGAN UTAMA
  • YAB Perdana Menteri.
  • YAB Menteri Besar/Ketua Menteri.
  • Ahli-ahli Jemaah Menteri.
  • Ketua Setiausaha Negara.
  • Anggota Pentadbiran.
  • Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Peringkat Persekutuan dan Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.
  • Pemimpin Tempatan, Pemimpin Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
  • Kumpulan Sasar.