Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Logo Jabatan

Logo ICU JPM
ICU Logo

Motif/elemen dalam reka bentuk logo ini dihasilkan daripada motif/elemen muka taip (typeface/huruf) dengan pengolahan secara kreatif. Konsep pengolahan reka bentuk ini berdasarkan kepada Visi, Misi dan Aktiviti Utama ICU JPM.

Susun atur dan elemen yang ditonjolkan dalam reka bentuk mencerminkan tugas utama yang dilaksanakan ICU JPM sebagai Agensi Pusat yang menggerakkan pembangunan negara melalui amalan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang baik.

Komponen kecemerlangan dalam reka bentuk logo ini diterjemahkan melalui gabungan karekter huruf I dan U menggunakan bentuk huruf Arial Black dan strok atau tanda bagus dan betul yang mewakili huruf C sesuai dengan fungsi dan etika kerja yang diamalkan ICU JPM.

Pemilihan penggunaan warna pada logo adalah mengikut warna yang terdapat pada Jalur Gemilang.

Penerangan kepada reka bentuk logo:
I (Implementation, Intellect, Integrity)
Melambangkan kewibawaan ICU JPM sebagai sebuah agensi pusat yang terkehadapan untuk memastikan pelaksanaan rancangan pembangunan negara berjaya.
C (Coordination, Convergence, Continuously)
Melambangkan tugas utama ICU JPM yang berterusan dalam menyelaras, memantau, menilai dasar dan pelaksanaan projek pembangunan negara sehingga berjaya mencapai matlamat.
U (Unit, Unique, Understanding)
Melambangkan ICU JPM sebuah agensi pusat yang unggul dan unik dalam menjalankan tugas sebagai penggerak utama dalam perancangan pembangunan negara.
Sikap bekerjasama dan profesional warga ICU JPM dalam mewujudkan organisasi yang mengamalkan budaya kerja cemerlang dan tadbir urus yang baik.
Sifat proaktif dan berani warga ICU JPM dalam menjayakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
ICU JPM sebagai agensi pusat yang unggul dan berwibawa untuk melaksanakan tugas diamanahkan mengikut lunas-lunas kedaulatan undang-undang yang diperuntukkan kerajaan dan berteraskan falsafah yang dipegang ICU JPM.