Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Senarai Bahagian
Pusat Bank Data Negara & Inovasi
Latar Belakang
Pusat Bank Data Negara Dan Inovasi (NADI) merupakan salah satu bahagian di bawah Sektor Pembangunan Strategik. NADI berperanan dalam merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan ICT di ICU JPM. NADI diketuai oleh Pengarah Bahagian dan dibantu oleh empat orang Timbalan Pengarah Bahagian iaitu Timbalan Pengarah Seksyen SPP II, Timbalan Pengarah Seksyen Aplikasi, Timbalan Pengarah Seksyen Infrastruktur ICT dan Timbalan Pengarah Seksyen Pengurusan ICT.

Fungsi
  1. Melaksana Dan Menyelenggara Aplikasi Sistem Pemantauan Projek (SPP II);
  2. Membangun Dan Menyelenggara Sistem Aplikasi Dan Multimedia;
  3. Menyedia Dan Mentadbir Kemudahan Infrastruktur ICT; dan
  4. Melaksanakan Program Latihan, Pembudayaan ICT Dan Khidmat Pengguna.