Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Senarai Bahagian
Bahagian Projek Khas
Latar Belakang
Bahagian Projek Khas merupakan sebuah bahagian yang diwujudkan di bawah Sektor Penyelarasan Projek Khas yang bertindak sebagai bahagian yang mengurus peruntukan Projek Khas.

Projek Khas merupakan projek-projek yang dilaksanakan sebagai tambahan dan pelengkap kepada projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT). Aktiviti Projek Khas merangkumi proses merancang, mengurus, menyelaras dan mengagihkan peruntukan di bawah Peruntukan Khas yang disalurkan melalui ICU JPM.

Fungsi
  1. Menambah dan melengkapkan lagi pelaksanaan program dan projek Rancangan Pembangunan Lima Tahun;
  2. Merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat;
  3. Menunjukkan keprihatinan Kerajaan terhadap masalah rakyat;
  4. Meningkatkan lagi imej Kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui penyaluran dan pelaksanaan projek bagi memenuhi keperluan rakyat yang tersisih dari arus pembangunan dan memerlukan bantuan segera; dan
  5. Melibatkan rakyat dalam proses rancangan dan pelaksanaan projek-projek.