Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Senarai Bahagian
Unit Integriti
Latar Belakang

Unit Integriti, ICU JPM telah ditubuhkan pada 31 Oktober 2013 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 di mana Kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam. Dalam menentukan model Unit Integriti yang besesuaian, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penyelaras Unit Integriti di agensi awam membuat penarafan risiko yang bersesuaian dengan fungsi agensi berkenaan. ICU JPM ditarafkan sebagai agensi yang berisiko rendah mengikut model C (1) iaitu bagi perjawatan melebihi 500 orang.

Objektif

Objektif penubuhan unit ini ialah bagi menguruskan segala urusan berkaitan dengan pengurusan integriti di peringkat agensi supaya dapat dilaksanakan secara fokus dan terancang. 

Fungsi
Fungsi Unit Integriti ialah menguruskan hal-hal berkaitan integriti dalam organisasi dan bertanggungjawab melaksanakan enam (6) fungsi teras yang digariskan di dalam pekeliling seperti berikut ;

  1. Tadbir Urus
    Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
  2. Pengukuhan Integriti
    Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
  3. Pengesanan dan Pengesahan
    1. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
    2. Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
  4. Pengurusan Aduan
    Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
  5. Pematuhan
    Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
  6. Tatatertib
    Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.