Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Senarai Bahagian
Bahagian Susun Semula Masyarakat
Latar Belakang
Bahagian Susun Semula Masyarakat (BSSM) telah diwujudkan sebagai salah satu bahagian di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) sejak tahun 1980. Peranan dan fungsi BSSM pada ketika itu meliputi aspek pembangunan usahawan, pengawasan penyertaan Bumiputera dan pengawasan perbadanan awam yang diletakkan di bawah ICU JPM.

Sekitar tahun 1992 berlaku penyelarasan terhadap peranan dan fungsi Bahagian ini di mana fungsi BSSM dipindahkan ke Kementerian Perusahaan Awam dan seterusnya BSSM telah dibubarkan.

Dalam usaha untuk memantapkan pemantauan Dasar Wawasan Negara khususnya berkaitan dengan Bumiputera, BSSM telah diwujudkan semula di ICU JPM pada 1 Ogos 2004 dengan skop tugas dan tanggungjawab yang baharu meliputi pemantauan dan penyelarasan dasar, program dan projek pembangunan yang melibatkan kepentingan Bumiputera.

Selaras dengan dasar dan keputusan Kerajaan pada ketika itu, penyesuaian peranan BSSM telah dilaksanakan. Bermula pada tahun 2007, skop tugas dan tanggungjawab BSSM memfokuskan terhadap aspek pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan seterusnya diperluaskan meliputi pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan masyarakat luar bandar menerusi pelaksanaan program Rimbunan Kaseh.


Fungsi
Seksyen Pembangunan Bumiputera, Sabah & Sarawak
  1. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah dan Program Khas Bumiputera (PKB) Sarawak;
  2. Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu serta permasalahan berkaitan pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak;
  3. Melaksanakan tindakan trouble shooting dan intervensi ke atas program/projek Bumiputera Sabah dan Sarawak;
  4. Menjadi penyelaras/focal point dalam agenda pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak; dan
  5. Memantau pelaksanaan dasar, strategi, program/projek pembangunan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta isu-isu berkaitan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan ia dilaksanakan selaras dengan matlamat pembangunan negara.
Seksyen Pembangunan Masyarakat
  1. Mengenalpasti, menyelaras dan menyelesaikan isu-isu berkaitan pelaksanaan Program Rimbunan Kaseh;
  2. Melaksanakan engagement dan tindakan intervensi ke atas isu-isu pelaksanaan Program Rimbunan Kaseh;
  3. Menyelaras, mengurus dan memantau keperluan peruntukan bagi Program Rimbunan Kaseh di seluruh negara;
  4. Mengurusetiakan Mesyuarat Exco Induk Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Mesyuarat Exco Induk Lembaga Tabung Haji (LTH) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri;
  5. Menyelaras penyediaan minit, kertas pembentangan dan dokumen yang berkaitan dengan Exco Induk MARA dan Exco Induk LTH; dan
  6. Menjalinkan kerjasama strategik bersama dengan kementerian/jabatan/agensi yang berkaitan dengan Exco Induk MARA dan Exco Induk LTH.
Seksyen Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
  1. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Program Pembangunan Hartanah dan Modal Insan Bumiputera Pulau Pinang;
  2. Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu serta permasalahan berkaitan pembangunan Bumiputera Pulau Pinang;
  3. Melaksanakan tindakan trouble shooting dan intervensi ke atas program/projek Bumiputera Pulau Pinang;
  4. Menyelaras dan mengemaskini data-data berkaitan pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera Pulau Pinang;
  5. Menjadi penyelaras/focal point dalam agenda pembangunan Bumiputera Pulau Pinang; dan
  6. Memantau pelaksanaan dasar, strategi, program/projek pembangunan Bumiputera Pulau Pinang serta isu-isu berkaitan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan ia dilaksanakan selaras dengan matlamat pembangunan negara.