Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Senarai Bahagian
Bahagian Kesejahteraan Rakyat
Latar Belakang
Bahagian Kesejahteraan Rakyat terdiri daripada tiga (3) seksyen berikut:

  1. Pengurusan Data dan Operasi
  2. Perlindungan Sosial
  3. Penyelarasan Dasar dan Program
Fungsi
  1. Bahagian ini berfungsi menyelaras, merancang, melaksana, memantau dan menilai pelaksanaan dasar dan program kesejahteraan rakyat bersama-sama dengan agensi-agensi yang berkaitan. Selain itu, Bahagian ini turut memberi input, maklum balas serta kerjasama ke atas program/aktiviti peningkatan ekonomi, taraf hidup dan pembasmian kemiskinan di seluruh negara dan menekankan Sistem eKasih sebagai rujukan utama bagi pelaksanaan program-program berkaitan.
  2. Melalui fungsi baharu perlindungan sosial, Bahagian ini akan bertindak sebagai badan induk penyelarasan dasar dan program perlindungan sosial negara berteraskan kepada prinsip kemakmuran bersama.