Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Senarai Bahagian
Bahagian Penilaian Strategik
Latar Belakang

Bahagian Penilaian Strategik merupakan salah satu bahagian di bawah Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan yang dikuatkuasakan pada Oktober 2017 berikutan daripada penstrukturan semula Sektor Pusat Transformasi Penyampaian (PTP) atau nama baharu dikenali sebagai Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan.

Punca Kuasa
  • Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2012: Garis Panduan Pengukuran Pencapaian Program/projek Pembangunan Melalui Penilaian Outcome
  • Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998 : Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan.

Bahagian Penilaian Strategik dibahagikan kepada empat (4) seksyen utama iaitu:
  1. Seksyen Penilaian I: Penilaian Strategik dan Dasar.
  2. Seksyen Penilaian II: Penilaian Program/Projek.
  3. Seksyen Penilaian III: Penilaian Institusi.
  4. Seksyen Penilaian IV: Penilaian Pembangunan Kapasiti.
Fungsi
Bahagian Penilaian Strategik dibahagikan kepada empat (4) seksyen dengan fungsi-fungsi utama seperti berikut:
  1. Melaksanakan penilaian dasar/teras/program/projek pembangunan negara dengan kerjasama kementerian/agensi/ badan berkanun persekutuan;
  2. Menilai kesan dasar /teras/program/projek pembangunan terhadap perubahan sosial, ekonomi, alam sekitar dan politik;
  3. Melaksanakan penilaian secara bertema (thematic) dan rentas kementerian (cross-cutting) seperti pembasmian kemiskinan, agihan pendapatan, susun semula masyarakat dan pembangunan Bumiputera;
  4. Menyelaras dan melaksanakan penilaian strategik yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa:
    1. Inisiatif global: Sustainable Development Goals (SDGs); dan
    2. Inisiatif Strategi Lautan Biru (NBOS)
  5. Membentangkan laporan penilaian strategik/dasar/teras /program/projek dalam mesyuarat- mesyuarat utama seperti Majlis Tindakan Negara (MTN) dan Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara (JKTN).
  6. Memantau dan menyelaras penyediaan kertas penilaian outcome berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2012- Garis Panduan Pengukuran Pencapaian Program/projek Pembangunan Melalui Penilaian Outcome;
  7. Memantau dan menyelaras pengemaskinian maklumat Modul Penilaian Outcome (MPO), SPP II oleh kementerian/agensi/badan berkanun persekutuan;
  8. Mengenal pasti dan membangunkan instrumen/model penyelidikan yang bersesuaian bagi tujuan penilaian dasar/institusi/program/projek pembangunan;
  9. Menyediakan pelan latihan dan modul pembangunan kapasiti kepada pegawai penilaian di peringkat kementerian/agensi/badan berkanun persekutuan;
  10. Memberikan khidmat nasihat dan rundingan kepada kementerian/agensi/badan berkanun persekutuan;
  11. Menjalinkan kolaborasi bersama institusi penilaian di peringkat nasional dan antarabangsa;
  12. Memantau kecekapan dan tadbir urus Badan-badan Berkanun Persekutuan (BBP) berdasarkan pemakaian Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998;
  13. Menilai pencapaian Badan-badan Berkanun Persekutuan berdasarkan kepada fungsi penubuhan;
  14.  Menyediakan ulasan Memorandum Jemaah Menteri ke atas Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan BBP;
  15. Memantau dan menyelaras pengemaskinian Modul Penilaian Outcome (MPO) dan Sistem Badan Berkanun Persekutuan (SBSys);
  16. Menyelaras pelantikan ahli politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah BBP.