Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Senarai Bahagian
Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang
Latar Belakang
Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP) ialah hasil daripada perakuan pasukan petugas yang ditubuhkan pada 9 September 1975 oleh YAB Perdana Menteri pada ketika itu. Penubuhan pasukan ini bertujuan untuk mengkaji kedudukan Kaum Bumiputera dengan mengambil kira teraju kepimpinan dan pencapaian dari segi sosioekonomi. Setelah mengkaji laporan serta perakuan pasukan petugas tersebut, Kerajaan Persekutuan pada 23 Jun 1977 berpendapat cara paling berkesan mendorong pembangunan bumiputera serta ekonomi adalah melalui JKP. Keahlian Jawatankuasa ini terdiri daripada pegawai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Pada tarikh yang sama, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP) diwujudkan dan diletakkan di bawah tanggungjawab Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Penubuhan jawatankuasa ini sebenarnya diputuskan oleh Perdana Menteri dengan persetujuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sejak ditubuhkan sehingga 1986, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh pemimpin tertinggi persekutuan.

Fungsi
  1. Menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan projek RMK-10 BPPB dan menyediakan laporan prestasi fizikal dan kewangan program dan projek RMK-10 BPPB secara berkala.
  2. Menyediakan perancangan strategik untuk mengukuhkan kedudukan geopolitik dan penyertaan bumiputera dalam sektor strategik dan pembangunan modal insan (sistem GIS & maklumat hartanah).
  3. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2011-2012 serta menyediakan laporan pelaksanaan Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2011-2012 untuk dibentangkan dalam mesyuarat utama.
  4. Mengurus Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang.
  5. Mengurus dan mengemas kini maklumat bank tanah.
  6. Mengurus setia mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP).
  7. Menyediakan perancangan strategik untuk mengukuhkan kedudukan geopolitik, penyertaan bumiputera dalam sektor strategik dan pembangunan modal insan (sistem e-Direktori dan maklumat sosio-ekonomi bumiputera Pulau Pinang).
  8. Mengurus setia mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.
  9. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Jawatankuasa Focus Group Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.
  10. Melaksanakan program pembangunan usahawan bumiputera Pulau Pinang.