Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Senarai Bahagian
Bahagian Pemantauan Pembangunan
Latar Belakang

Bahagian Pemantauan Pembangunan merupakan salah satu bahagian di bawah Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan (PPP) yang berkuat kuasa pada Oktober 2017, berikutan penstrukturan semula Sektor Pusat Transformasi Penyampaian (PTP). Bahagian ini diketuai oleh Pengarah Bahagian, dibantu oleh tiga orang Ketua Seksyen Pemantauan.

Fungsi
  1. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek fizikal dan bukan fizikal Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) yang dilaksanakan secara Rolling Plan;
  2. Melaporkan hasil pemantauan dalam mesyuarat jawatankuasa/task force/penyelarasan yang diwujudkan oleh Kementerian melalui penyelarasan tugas-tugas pengawasan, pengesanan, analisis dan penilaian pencapaian pelaksanaan dasar/program/projek secara berkala;
  3. Melaksanakan tindakan intervensi, healthcheck, troubleshooting dan screening bagi menyelesaikan masalah-masalah pelaksanaan yang berbangkit bagi projek-projek fizikal Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) di negeri-negeri;
  4. Memantau dan menyelaras program pembangunan projek berimpak tinggi dan of special interest of stakeholders seperti Projek Kompleks Petroleum Bersepadu (PIPC), projek-projek Pihak Berkuasa Koridor dan lain-lain yang ditetapkan;
  5. Menyediakan kertas-kertas kajian berkaitan pengurusan dan pemantauan projek mengikut keperluan;
  6. Memberi khidmat nasihat bagi:
    1. projek yang dinilai semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penilaian Outcome (JKPO); dan
    2. projek yang dibentangkan semasa pembentangan bajet kepada Kementerian Hal. Ehwal Ekonomi (MEA).
  7. Memperkukuh penggunaan Sistem iPantau terutamanya Modul Log Tindakan dan Modul Lawatan YB Menteri dan KSU bagi memastikan sistem diguna pakai dengan berkesan dalam penyelesaian isu/masalah projek serta mengambil kira sebarang penambahbaikan dan komen yang perlu diambil tindakan lanjut. Fungsi-fungsi melibatkan Sistem iPantau adalah seperti berikut:
    1. menyelia dan memantau penggunaan modul;
    2. mengadakan sesi latihan penggunaan modul bersama pihak NADI;
    3. mengurusetiakan sesi Mesyuarat Round Table Log Tindakan; dan
    4. mengurusetiakan sesi bilateral penggunaan Modul Laporan Lawatan YB Menteri/KSU bersama Kementerian.
  8. Menentukan Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) diguna pakai dengan berkesan oleh Kementerian/Agensi dan Negeri yang diselia dengan:
    1. memastikan Kementerian/Agensi dan Negeri berkaitan mengemaskini maklumat am, kewangan dan kemajuan projek secara berterusan;
    2. merancang pelan komunikasi berkesan dengan pemilik ID SPP II supaya pemilik ID adalah terlatih dan sentiasa mendapat maklumat terkini;
    3. menyelaras pelaksanaan aktiviti Verifikasi SPP II vs. On Site terhadap semua projek fizikal binaan dalam SPP II bagi semua Kementerian untuk memastikan maklumat dalam SPP II adalah tepat; dan
    4. menyediakan pelaporan pencapaian KPI KSU Kementerian kepada JPA.
  9. Menyelaras dan memantau prestasi pelaksanaan program/projek di bawah Pembiayaan Kerjasama Awam Swasta (PPP) menerusi penyediaan laporan prestasi pelaksanaan dan ulasan kertas-kertas Jemaah Menteri;
  10. Menyelaras pelaksanaan program Aktiviti Penilaian Inspektorat (API) ICU JPM bagi menilai pematuhan prosedur dan amalan terbaik dalam pengurusan projek pembangunan seperti berikut:
    1. menyelia dan mengatur jadual inspektorat bagi program/projek pembangunan Kementerian;
    2. mengumpul dan menyelaras laporan inspektorat;
    3. mengadakan Exit Conference penemuan inspektorat kepada Kementerian;
    4. menyediakan pelaporan pencapaian KPI KSU Kementerian kepada JPA;
    5. menyelaras penyediaan SOP pengurusan projek Kementerian; dan
    6. melaksanakan penilaian inspektorat dan penambahbaikan terhadap kriteria/pelaksanaan inspektorat.
  11. Menyelaras tugas-tugas keurusetiaan bagi program-program khas/khusus seperti:
    1. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Projek-Projek Pembangunan (JPPP) sekurang-kurangnya dua kali setahun;
    2. Workcamp/PSC/Bilateral dengan Kementerian/Agensi menyelaras pelaksanaan; dan
    3. Jawatankuasa Problem Solving Committee (PSC).
  12. Menyelaras penyertaan panel ICU JPM dan pembangunan Kriteria A4: Pengurusan Projek Pembangunan untuk Penilaian Penarafan Bintang Terhadap Kategori Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri;
  13. Melaksanakan peranan sebagai rakan strategik bersama INTAN bagi pelaksanaan kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB);
  14. Menyelaras pelaksanaan program pembangunan kompetensi khususnya pensijilan pegawai-pegawai pemantau di Ibu Pejabat ICU JPM dan Negeri bagi kursus 3PAB dan kursus-kursus pengurusan projek lain; dan
  15. Penyediaan laporan rutin secara berpusat iaitu Laporan Dwi-Mingguan, Pelaporan Bulanan YAB PM dan Laporan Mesyuarat KSU/KP.