Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Senarai Bahagian
Bahagian Konsultatif & Referal Teknikal
Latar Belakang
Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal (BKRT) merupakan salah satu bahagian di bawah Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan berikutan daripada penstrukturan semula Sektor Pusat Transformasi Penyampaian (PTP) pada Oktober 2017. Bahagian ini terdiri daripada pegawai-pegawai teknikal seperti Jurutera Awam, Jurutera Elektrik serta Juruukur Bahan.

Fungsi
  1. Menyelaras dan memantau prestasi pelaksanaan program/ projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) menerusi mekanisme:
    1. Lawatan P-Forensic bagi tujuan pemulihan projek yang bermasalah serta mengalami kelewatan kemajuan fizikal melebihi 60 hari atau 20% daripada tarikh atau jadual yang ditetapkan mengikut mana yang terdahulu.
    2. Sesi Reboot Pelan Pemulihan Projek Bermasalah iaitu inisiatif penyelesaian masalah secara curative dengan mensasarkan pemulihan projek dan tindakan-tindakan penyelesaian terhadap isu/ masalah berbangkit
    3. Penyediaan Pelaporan Profil Projek Fizikal RMLT Bermasalah secara bulanan.
  2. Menyelaras dan memantau arahan pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Pre-Approved Plan (PAP) dalam projek Kerajaan melalui mesyuarat di pelbagai peringkat, pemantauan penguatkuasaan di tapak, pelaporan prestasi pelaksanaan IBS ke Jabatan Audit Negara (JAN) dan Kementerian Kewangan (MOF) dan menggalakan pelaksanaan IBS melalui Penganugerahan Pematuhan IBS Terbaik Bagi Projek Kerajaan.
  3. Meningkatkan tahap kompetensi pegawai-pegawai pemantau di seluruh ICU JPM menerusi Pelan Kompetensi Teknikal serta menjalankan beberapa siri latihan dan kursus teknikal di peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.
  4. Memberi sokongan dan khidmat nasihat teknikal kepada semua Bahagian dan Unit sama ada di peringkat Ibu Pejabat ICU JPM atau pun di peringkat negeri (PPN) dalam isu pelaksanaan projek pembangunan RMLT melalui Sesi Project Intervention and Monitoring Clinic (PRIMaCy) dan sebagainya.
  5. Memberi bantuan dan khidmat nasihat teknikal bagi penyediaan Garis Panduan Pengalihan dan Pemasangan Utiliti dalam pelaksanaan program dan projek Kerajaan.
  6. Membantu ICU JPM membuat ulasan teknikal ke atas cadangan pembangunan, pelbagai kajian, piawai, spesifikasi dan manual pekeliling teknikal.
  7. Meneliti dan menilai keperluan dan kesesuaian teknologi terkini seperti Building Information Modelling (BIM), Green Technology dan sebagainya.
  8. Menyediakan kertas-kertas mesyuarat dan laporan prestasi pelaksanaan RMLT untuk mesyuarat-mesyuarat utama kerajaan seperti di Majlis Tindakan Pembangunan Negara (MTPN) dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negara (JTPN).
  9. Mewakili ICU JPM selaku agensi pusat di peringkat Kementerian dan Jabatan dalam mesyuarat dan jawatankuasa berkaitan teknikal pemantauan pelaksanaan RMLT termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Saringan Kontraktor Penyiap (JSKP), Initiative Working Group in Construction Industry Transformation Programme (IWG CITP), Highway Network Development Plan (HNDP), Pengurusan Aset Tak Alih dan sebagainya.