Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Senarai Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan
Latar Belakang
Bahagian Khidmat Pengurusan terdiri daripada empat (4) seksyen berikut:
  1. Kewangan
  2. Sumber Manusia
  3. Pentadbiran
  4. Perhubungan Awam
Fungsi
1) Seksyen Kewangan
  1. Dipecahkan kepada tiga (3) subseksyen yang bertanggungjawab mengendalikan peruntukan mengurus, pembangunan dan akaun.
  2. Fungsi : Mengawal belanja mengurus dan pembangunan, mengendalikan pengurusan terimaan atau hasil, akaun dan pembayaran emolumen serta pelbagai.
2) Seksyen Sumber Manusia
  1. Dipecahkan kepada dua (2) subseksyen iaitu Sumber Manusia I dan Sumber Manusia II.
  2. Fungsi : Menguruskan perkara berkaitan perkhidmatan, perjawatan, latihan dan kursus, pengisytiharan harta, pinjaman perumahan serta kenderaan, tatatertib dan pencen.
3) Seksyen Pentadbiran
  1. Dipecahkan kepada tiga (4) subseksyen iaitu pentadbiran am, kualiti dan inovasi, pengurusan aset dan fasiliti dan perolehan.
  2. Fungsi : Mengurus perkara berkaitan program kualiti serta inovasi selain pentadbiran am merangkumi kemudahan dan penyenggaraan ruang dan keselamatan pejabat, urusan perolehan, penyelarasan pekeliling dalaman, pengurusan stor, pengurusan aset dan inventori, penyelarasan tempahan jamuan dan pengurusan kenderaan, fail serta surat menyurat.
4) Seksyen Perhubungan Awam
  1. Dipecahkan kepada empat (4) subseksyen iaitu video, perhubungan awam, penerbitan dan kejuruteraan.
  2. Fungsi : Merancang dan mengurus penerbitan korporat, program penyampaian perkhidmatan pelanggan, lawatan delegasi dalam dan luar negara, media dan komunikasi, liputan video dan fotografi selain mengendalikan tempahan bagi kemudahan mesyuarat di Bangunan Perdana Putra termasuk peralatan siar raya bagi Perhimpunan Bulanan JPM bersama Y.A.B Perdana Menteri.