Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri

Anugerah/Pencapaian

Senarai Anugerah/Pencapaian Yang Diterima Oleh ICU JPM
Tahun 2020

  1. Persijilan MS ISO 9001:2015 bagi tempoh 3 tahun berkuatkuasa 20 Januari 2020 sehingga 13 Disember 2022 oleh SIRIM QAS.

Tahun 2019

  1. Anugerah HRMIS, Anugerah Pengurusan 2018, Hari Inovasi dan Kecemerlangan, Jabatan Perdana Menteri.
  2. Anugerah Pingat Emas Dalam Kategori ICT Melalui Projek Pengurusan Projek Khas Yang Efisien Melalui Sistem Ekhas 2.0, Hari Inovasi dan Kecemerlangan, Jabatan Perdana Menteri.
  3. Pencapaian 5 Bintang untuk Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS 2018.

Tahun 2018

  1. Anugerah Perak untuk Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri bagi Sistem JomPantau.
  2. Pencapaian 5 Bintang untuk Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS 2017.
  3. Persijilan semula ISMS ICU JPM ISO/IEC 27001:2013 untuk tempoh 3 tahun sehingga 2021 oleh SIRIM QAS bermula 3 Mei 2018.

Tahun 2017

  1. Tempat Kedua Anugerah Inovasi JPM (Kategori Non-ICT) untuk Inisiatif Jendela Kasih.

Tahun 2016

  1. Tempat Kedua Anugerah Inovasi JPM 2015 (Kategori ICT) bagi Business Licensing Electronic Support System (BLESS).
  2. Penganugerahan 5 Bintang Agensi Sektor Awam Tahun 2015-2016.

Tahun 2015

  1. Tempat Pertama Anugerah Inovasi Sektor Awam 2015, Kategori Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) bagi Sistem Pemantauan Projek II (SPP II).
  2. Anugerah Kecemerlangan Penarafan 4 Bintang dalam Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi tahun 2014.
  3. Pengiktirafan CAPAM - Rimbunan Kaseh.
  4. PPPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memenangi Anugerah Anugerah PTJ Terbaik bagi Anugerah Pengurusan Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM 2015 sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM 2015 yang telah diadakan pada 29 September 2015 di PICC.
  5. Memenangi Anugerah SPPII Champion 2014 bagi Anugerah Pengurusan Hari Inovasi Dan Kecemerlangan JPM 2015 sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM 2015 yang telah diadakan pada 29 September 2015 di PICC.
  6. Memenangi Tempat Ketiga Pertandingan Pameran Inovasi sempena hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM 2015 yang telah diadakan pada 29 September 2015 di PICC.
  7. Aplikasi Mobile eKasih telah memenangi Tempat Ketiga bagi Anugerah Inovasi JPM 2014 (Kategori ICT) sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM 2015 yang telah diadakan pada 29 September 2015 di PICC.
  8. Penerbitan Buku Mengurus Ekspektasi Pengurusan Projek Awam pada 24 Ogos 2015.
  9. Penarafan Portal Lima Bintang oleh MDEC melalui ProBE 2014 (Provider-Based Evaluation) yang dahulunya dikenali sebagai MGPWA.
  10. Persijilan semula ISMS Standard ISO/IEC 27001:2013 untuk tempoh 3 tahun sehingga 2018 oleh SIRIM QAS pada 28 Mei 2015.
  11. ICU JPM menerima Anugerah Kecemerlangan Penarafan 4 Bintang Pengurusan Kewangan di Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2013 bagi Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan pada 19 Januari 2015 Di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Tahun 2014

  1. ICU JPM menerima Anugerah ST RATING dalam petunjuk prestasi utama (KPI) Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS 2013) pada Seminar Kumpulan Pengguna (HUGS) 2014 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Melaka pada 29 September 2014.
  2. ICU Information Dashboard for Executive (InDEX) telah memenangi tempat kedua bagi Anugerah Inovasi JPM (Kategori ICT) pada Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM 2014 yang telah diadakan pada 29 Oktober 2014 di MAEPS.
  3. ICU JPM telah dianugerahkan pengiktirafan 5 bintang Agensi Sektor Awam Tahun 2012-2013 sempena Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) di Grand Ballroom, The Place@One City Subang Jaya pada 9 Oktober 2014.
  4. Akrab ICU JPM telah berjaya menerima Pingat Amalan Terbaik (ATA) di Konvensyen Akrab kali ke-5, sempena Majlis Akrab Kebangsaan (MAK) di Hotel De Palma, Shah Alam Selangor pada 19 Jun 2014.
  5. Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) untuk PPPN Johor mulai 07 Februari 2014 - 06 Februari 2015.

Tahun 2013

  1. Penarafan/Penganugerahan Portal/Laman Web Lima Bintang melalui Malaysia Government Portals and Website Assessment 2013 bagi laman web rasmi ICU JPM dan laman web rasmi PERDA.
  2. PPPN Selangor telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Nasional 2013.
  3. Pasukan Sinergi 10.1 dari PPPN Perak menjadi Johan Konvensyen KIK 2013 Perkhidmatan Awam peringkat Kebangsaan ke-30.
  4. Sistem iPantau telah berjaya memenangi Anugerah FutureGov Award 2013 bagi kategori Government Organisation of the Year.
  5. PPPN Perak, ICU JPM menjadi Johan KIK dan PPPN Sarawak, ICU JPM sebagai Naib Johan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif JPM 2013.
  6. Tempat Ketiga Anugerah Inovasi JPM bagi Kategori Most Promising Award - Sistem iPantau pada Majlis Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2013 yang telah diadakan pada 1 Oktober 2013, di Hotel Marriot Putrajaya.

Tahun 2012

  1. Penarafan/Penganugerahan Laman Web Lima Bintang (Website) melalui Malaysia Government Portals and Website Assessment 2012 bagi laman web rasmi ICU JPM dan laman web rasmi PERDA.
  2. Sistem iMEX telah memenangi tempat pertama di Asia Pacific FutureGov Summit 2012 dalam kategori Government Transformation of The Year di Chiang Mai pada 19 Oktober 2012.
  3. eKasih memenangi tempat pertama di United Nation Public Service Awards (UNSPA) dalam kategori Advancing Knowledge Management in Government.
  4. Pensijilan ISO/IEC 27001:2005 Information Security Management System (ISMS) oleh Panel Pensijilan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 4 Mei 2012.
  5. Persijilan Semula Persekitaran Berkualiti (5S) kali ketiga berkuatkuasa mulai 29 Februari 2012 hingga 28 Februari 2013.

Tahun 2011

  1. Persijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S bagi Pejabat-pejabat Cawangan iaitu PPPN Perak (Mei) PERDA (Julai), BPPBPP (Ogos).
  2. Penarafan/Penganugerahan Laman Web Lima Bintang (Website) melalui Malaysia Government Portals and Website Assessment 2011 bagi laman web rasmi ICU JPM dan laman web rasmi PERDA oleh MDEC.
  3. Penganugerahan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2011 oleh Ketua Audit Negara.
  4. Penerima Anugerah Star Rating JPM dalam Kategori Anugerah Pengurusan.
  5. Pemenang Tempat Ketiga Anugerah Inovasi (iMEX).
  6. Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) untuk Ibu Pejabat mulai 19 Januari 2011 - 18 Januari 2012.
  7. Pemenang Tempat Ketiga Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreativiti Jabatan Perdana Menteri.
  8. Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) untuk PPN Perak mulai 31 Mei 2011 - 30 Mei 2012.
  9. PERDA diAnugerahkan Persijilan Kedua MS ISO 9001:2008 bagi skop Pengurusan Program Didik Cemerlang untuk golongan sasar bagi tempoh 25 Mac 2011 - 24 Mac 2014.

Tahun 2010

  1. Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S bagi PPN Kedah.
  2. Persijilan Semula MS ISO 9001 : 2008.
  3. Penganugerahan Laman Web 5 Bintang melalui Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2010.
  4. Penerima The Best e-Community and e-Inclusion di MSC APICTA (MSC Malaysia Asia Pacific Award).
  5. Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S untuk PPN Perak.
  6. Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S untuk PERDA.
  7. Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S untuk PPN Sabah.
  8. Anugerah Inovasi Pengurusan Laman Web, Anugerah Inovasi JPM Tahun 2009.
  9. Tempat Ketiga Festival Nasyid Peringkat JPM 2010.