Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Perutusan Pengarah

En Kahar


Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (PPNWP). Adalah menjadi hasrat Pejabat ini untuk menhadi penghubung di antara Kerajaan dan Rakyat terhadap perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan terutama di era digital ini. Menerusi laman web ini, rakyat mampu untuk menembusi dunia informasi tanpa mengira lokasi dan masa secara atas talian.

 

Sehubungan itu, melalui laman web ini juga dipaparkan maklumat-maklumat berkenaan pelaksanaan dan pemantauan program dan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun, projek/program Pembasmian Kemiskinan dan Projek Khas di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Justeru saya berharap dengan adanya laman web ini, ianya dapat dimanfaatkan bersama oleh segenap lapisan masyarakat khususnya rakyat dan agensi-agensi Kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang ingin mengenali atau mendapatkan maklumat berkaitan pejabat ini.


Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi PPN Wilayah Persekutuan.

PPN Wilayah Persekutuan sedia memberi khidmat kepada anda.

 


ABDUL KAHAR BIN ABDUL LATIF

PENGARAH PEMBANGUNAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Mantan Pengarah Pembangunan Negeri
1. ARIFFIN BIN IMAT  2003
2. AB. MALIK BIN RANTING  2003-2008
3. DATO' MOHD ZAHARIL BIN KASIM 2008-2011
4. DATUK HAJI ARIFFIN BIN IMAT 2011-2016
5. MOHD RAZALI BIN WAHAB 2016
6. AMIR ONN BIN HAJI MUSTAPHA 2016 - 2020
7. ABDUL KAHAR BIN ABDUL LATIF 2020 - KINI

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Peti Surat 55, Lot 22.01,
Tingkat 22 Sunway Putra Tower,
Jalan Putra 50350 KUALA LUMPUR

Tel : 03 – 4041 9920 / 03 – 4042 0260 / 03 – 4042 0261 / 03 – 4042 2397
Faks : 03 – 4041 1951