Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Lawatan Kerja YBrs. Dr. Aizi Razman bin Ismail ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lawatan Kerja YBrs. Dr. Aizi Razman bin Ismail ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lawatan Kerja YBrs. Dr. Aizi Razman bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik), ICU JPM dan isteri ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Program Amanat Khas dan Sanjungan Budi bersama warga Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (PPNWP) pada 11 Ogos 2020. Semasa program berkenaan, beliau turut berpeluang membuat lawatan ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Bangunan Perkim, Kuala Lumpur. Turut hadir adalah YBrs. Puan Mashitah@Suhailah Suid, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Rakyat (BSR) dan YBrs. Dr. Mohd Zulkifli bin Hassan, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) serta pegawai-pegawai BSR dan BKP ICU JPM.

Program lawatan beliau kemudiannya diteruskan dengan Majlis Amanat bersama warga kerja PPNWP yang diadakan di Restoren Rebung Chef Ismal.YBrs. Dr. Aizi telah menyampaikan amanat beliau supaya penjawat awam work hard dalam tugasan yang diberikan. Beliau juga menekankan tiga prinsip sebagai panduan bersama iaitu JIS (Jangan Sombong, Ilmu dan Sangka Baik).
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 11/08/2020

179 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Peti Surat 55, Lot 22.01,
Tingkat 22 Sunway Putra Tower,
Jalan Putra 50350 KUALA LUMPUR

Tel : 03 – 4041 9920 / 03 – 4042 0260 / 03 – 4042 0261 / 03 – 4042 2397
Faks : 03 – 4041 1951