Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Undian Kerja Bagi Projek Kecil Di Bawah PPNWP Bil 1 Tahun 2020

Majlis Undian Kerja Bagi Projek Kecil Di Bawah PPNWP Bil 1 Tahun 2020

Pada 3 Julai 2020 yang lalu, PPNWP telah mengadakan Majlis Undian Kerja Bagi Projek Kecil Di Bawah PPNWP Bilangan 1 Tahun 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat PPNWP. Buat julung kalinya, majlis ini telah disiarkan secara langsung menerusi Facebook Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Wilayah Persekutuan bagi menyahut seruan Kerajaan untuk melaksanakan proses perolehan secara atas talian bagi memastikan proses tersebut berjalan dengan telus dan berintegriti.

Proses perolehan yang telah bermula dengan iklan undian kerja secara atas talian yang dibuka pada 29 hingga 30 Julai ini telah menerima sejumlah 504 kontraktor yang layak untuk menyertai proses undian pada 3 Julai 2020. Undian pada kali ini melibatkan sebanyak tiga (3) buah projek untuk diundi. Antara yang hadir pada majlis ini adalah para wakil daripada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Wilayah Persekutuan dan Persatu Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Malaysia serta wakil Unit Integriti ICU JPM.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan
Kemas kini 03/07/2020

242 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Peti Surat 55, Lot 22.01,
Tingkat 22 Sunway Putra Tower,
Jalan Putra 50350 KUALA LUMPUR

Tel : 03 – 4041 9920 / 03 – 4042 0260 / 03 – 4042 0261 / 03 – 4042 2397
Faks : 03 – 4041 1951