Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Lawatan Turun Padang YB Menteri Wilayah Persekutuan

Lawatan Turun Padang YB Menteri Wilayah  Persekutuan

Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan telah menerima jemputan bagi menyertai sesi lawatan Turun Padang (TUPA) Tan Sri Panglima TPr. Haji Annuar Hj Musa, Menteri Wilayah Persekutuan. Lawatan TUPA ini turut disertai YB Timbalan Menteri, YB Dato' Sri Dr. Santhara. YB Menteri dan YB Timbalan Menteri telah melawati tiga projek di Kuala Lumpur iaitu Program Pembangunan Semula Kampong Bharu, Kuala Lumpur(Komponen Pembangunan Semula Pasar Raja Bot - Fasa 2), Projek Penyuraian Trafik dan Kerja-kerja Menaiktaraf Jalan Tun Razak dari Jalan Langgak Golf ke Bulatan Kampung Pandan dan Projek Loji Kumbahan Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan di Batu, Jinjang, Kepong, KL. Lawatan ini bertujuan untuk mengenalpasti isu dan permasalahan di peringkat pelaksanaan yang memerlukan keputusan pengurusan tertinggi.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pemantauan
Kemas kini 06/07/2020

233 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Peti Surat 55, Lot 22.01,
Tingkat 22 Sunway Putra Tower,
Jalan Putra 50350 KUALA LUMPUR

Tel : 03 – 4041 9920 / 03 – 4042 0260 / 03 – 4042 0261 / 03 – 4042 2397
Faks : 03 – 4041 1951