Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Taklimat dan Penyerahan Pelan Perlindungan Makro Takaful Prudential BSN

Taklimat dan Penyerahan Pelan Perlindungan Makro Takaful Prudential BSN

Majlis telah diadakan pada 5 Julai 2019 bertempat di Pejabat Pembangunan Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pihak Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan diwakili oleh Encik Khalid bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan; manakala Prudential BSN diwakili Encik Hilmy Darmin Ab. Rahman, dan Puan Azlin Mohamad dari Jabatan Makro Takaful dan CSR PRU BSN. Seramai 384 orang Ketua isi rumah (KIR) dari 11 kawasan parlimen yang berdaftar di bawah e-Kasih telah terpilih untuk menerima Pelan Perlindungan PRUBSN Microtakaful Jariyah yang menyediakan manfaat bantuan kewangan segera demi kelangsungan hidup ahli isi rumah apabila kehilangan punca nafkah setelah kematian Ketua Isi Rumah. Manfaat RM10.000, dibiayai sepenuhnya oleh PruBSN Prihatin, tempoh perlindungan adalah selama 1 tahun dan pengecualian untuk kematian disebabkan bunuh diri.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Khas
Kemas kini 05/07/2019

477 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Peti Surat 55, Lot 22.01,
Tingkat 22 Sunway Putra Tower,
Jalan Putra 50350 KUALA LUMPUR

Tel : 03 – 4041 9920 / 03 – 4042 0260 / 03 – 4042 0261 / 03 – 4042 2397
Faks : 03 – 4041 1951