Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Program Lawatan Mobile Team Daerah Setiu Bilangan 3 Tahun 2020

Program Lawatan Mobile Team Daerah Setiu Bilangan 3 Tahun 2020

SETIU, Selasa, 8 September 2020 - Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu telah mengadakan Program Lawatan Mobile Team buat kali ketiga pada tahun 2020 yang di ketuai oleh En. Mohd Almin bin Ahmad, Penolong pegawai Perangkaan, Seksyen Pembasmian Kemiskinan turut disertai oleh En. Mohd Zaid bin Mohamed Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan Sosial, PPNT serta agensi pelaksana iaitu MAIDAM Daerah Setiu, JKM Daerah Setiu, Pejabat Daerah Setiu yang diwakili oleh Penghulu Mukim dan juga Pejabat Parlimen Setiu yang diwakili oleh Pegawai Khas serta Pejabat Penyelaras DUN Permaisuri dan DUN Langkap. Lawatan yang dijalankan ini melibatkan 5 buah keluarga miskin yang terpilih. Kebanyakan peserta yang dilawati adalah di kalangan mereka yang menghidap sakit kritikal dan juga terlantar yang memerlukan perhatian dari agensi dan pihak hadir dalam program ini.

Rozilah binti Abdullah, 41, merupakan isteri kepada Mohd Paizal bin Muhmad, 41, yang menetap di Kampung Bukit Layat, Langkap, Setiu. Beliau menghidap sakit kencing manis yang kritikal dan pihak hospital pernah menyarankan supaya kakinya dipotong tetapi setelah berbincang dengan pihak hospital hanya sebahagian daging yang dijangkiti kuman yang dibuang daripada kaki pesakit. Beliau kini terpaksa berulang alik ke Klinik Kesihatan Rahmat bagi mencuci bahagian kaki tersebut setiap dua hari sekali. Suami kepada Rozilah yang tidak bekerja pula disahkan menghidap penyakit utut di mana kaki kanannya menjadi besar dan dalam masa yang sama perlu menjaga isteri yang memerlukan penjagaan rapi. Pihak JKM Daerah Setiu mengesyorkan Bantuan Penjagaan Sakit Terlantar (BPT) yang berjumlah RM350 sebulan manakala MAIDAM Daerah Setiu disyorkan untuk memproses bantuan perubatan bagi meringankan beban perbelanjaan keluarga tersebut.

Seterusnya, Abd Malek bin Kadir, 75, dan isteri Pe’aah binti Daud, 72, merupakan warga emas yang kedua-duanya terlantar akibat penyakit strok. Mereka berdua dijaga oleh anak bongsu mereka iaitu Norzahariah binti Abd Malek, 26, yang tinggal bersama di Kampung Ulu Kekabu, Permaisuri, Setiu. Norzahariah terpaksa melupakan terlebih dahulu hasrat untuk bekerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya menjaga kedua ibu bapa yang sedang sakit. Abd Malek mengalami strok kali ketiga pada November 2019 dan terus terlantar sehingga kini hanya bergantung kepada minuman susu sahaja dan tidak dapat makan seperti rutin harian sejak November 2019. Pihak JKM disyorkan untuk mempertimbangkan Bantuan Penjagaan Sakit Terlantar kepada Norzahariah yang menjaga kedua ibu bapanya yang sedang sakit terlantar manakala pihak MAIDAM Daerah Setiu akan mengesyorkan bantuan perubatan untuk keluarga tersebut. Mereka sekeluarga bersyukur atas kehadiran rombongan Program Lawatan Mobile Team anjuran PPNT kerana dapat membantu meringankan beban kewangan yang dialami mereka sekeluarga.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan Sosial
Kemas kini 10/09/2020

198 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
Oktober September
   Program Lawatan Mobile Team Daerah Hulu Terengganu    Majlis Penyerahan Projek Surau Sk Kuala Besut 2, Besut Terengganu    Sumbangan Kebajikan Kepada Keluarga Miskin    Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Nerus    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (Jtpd) Kemaman Bil. 3/2020    Bengkel Pengemaskinian Maklumat Bantuan Peserta Ekasih Dalam Sistem eKasih    Lawatan Penilaian Tapak Bersama Projek Membina Baru Masjid Kampung Alor Lintah, Besut, Terengganu (Menyiapkan Kerja-Kerja Terbengkalai)    Lawatan Tapak Bersama Dengan Mpkk Dan Pegawai Parlimen Dungun Untuk Kerja-Kerja Menambak Tanah Kubur Kampung Seberang Pintasan, Dungun    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 3/2020    Program Lawatan Mobile Team Daerah Kuala Terengganu    Program Penyerahan Rumah Baiti Jannati Daerah Besut TNB Sinari Keluarga Miskin    Lawatan Pemeriksaan Pra Penyerahan Projek Surau SK Kuala Besut 2 Dan Lawatan Tapak Projek-Projek Kecil Di Sekitar Daerah Besut, Terengganu    Sesi Penyerahan Inden Bagi Projek Mesra Rakyat (PMR) Parlimen Setiu Tahun 2020    Program Lawatan Mobile Team Daerah Marang    Taklimat Garis Panduan Verifikasi Dan Pemutihan    Seminar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019    Mesyuarat Projek Menaiktaraf Dewan Seri Bariah Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Program Memasak Bubur Asyura Anjuran Kelab Wisma Darul Iman (KWDI)    Kursus Pengenalan Keusahawanan IBS Kenaf Negeri Terengganu    Program Lawatan Mobile Team Daerah Setiu Bilangan 3 Tahun 2020
Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari