Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/2020 PPNT

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/2020 PPNT

12 JULAI 2020, AHAD – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/2020 PPNT telah diadakan di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman. Majlis ini merupakan yang pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lepas bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perkhidmatan Awam serta mengaminkan doa yang di sampaikan oleh Encik Junpalos bin Abas. Seterusnya, semua warga kerja PPNT bersama–sama melafazkan bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 yang dipimpin oleh Encik Abdul Hazif bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu dan menandatangani akujanji ikrar.

Perhimpunan ini berlangsung mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mencegah penularan Covid-19. Kehadiran dihadkan kepada 70 orang sahaja dengan hanya Pegawai & Kakitangan tetap sahaja yang dijemput hadir ke majlis ini serta mengamalkan penjarakan sosial.

Majlis diteruskan dengan ucapan amanat oleh YH. Dato' Indera, PPN Terengganu dengan mengingatkan para pegawai dan kakitangan tentang penularan wabak Covid-19. Aktiviti seterusnya adalah Pemakluman Pengurusan yang merangkumi makluman pertukaran keluar/masuk kakitangan dan sedikit perkongsian mengenai pekeliling–pekeliling terkini.

Majlis dimeriahkan dengan pengumuman dan penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Cemerlang Bulan Januari hingga Jun dan juga penyampaian cenderahati sempena Hari Lahir bagi bulan Januari hingga Julai 2020 yang disampaikan oleh YH. Dato’ Indera dan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan PPNT (KESPENT).
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan
Kemas kini 21/07/2020

97 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari