Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ICU JPM Tahun 2019

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ICU JPM Tahun 2019

KUALA TERENGGANU,18 JUN 2020 - Berikutan Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020, Pengurusan Tertinggi ICU JPM telah bersetuju supaya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ICU JPM Tahun 2019 dilaksanakan mengikut normal baharu seperti garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan. Majlis ini telah diadakan melalui sidang video di Bilik Mesyuarat Utama, PPNT Tingkat 10, Wisma Darul Iman.

ICU JPM telah bersetuju memperakukan lima (5) orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ICU JPM bagi Tahun 2019 di PPNT yang terdiri daripada Puan Affiza bt Affundi (Penolong Pengarah - Pengurusan), Cik Nor Azlyn Ezura bt Hasmin (Perangkawan), Puan Nor Hidayah Aisa bt Mamat (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat), Puan Norliana bt Ibrahim (Penolong Akauntan) dan Puan Suriani bt Anan (Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi).

Semasa majlis tersebut YBhg. Datuk Nor Azri bin Zulfakar, Ketua Pengarah ICU JPM telah menyampaikan sijil anugerah kepada Pengarah-Pengarah Negeri selaku wakil penerima APC. Majlis turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan penerima dari Ibu Pejabat, PPN Wilayah Persekutuan & PPN Selangor.

PPNT mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pencapaian ini akan menjadi pembakar semangat kepada kakitangan yang lain untuk memberikan khidmat yang cemerlang.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seskyen Pengurusan
Kemas kini 21/06/2020

147 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari