Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Lawatan Mobile Team Daerah Marang

Program Lawatan Mobile Team Daerah Marang

MARANG, Rabu, 22 Julai 2020 – Seramai Empat (4) Ketua Isi Rumah (KIR) telah dilawati dalam Program Lawatan Mobile Team Daerah Marang. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Sekretariat Tabung Darul Iman (STDI), Pejabat Penyelaras DUN dan Pengerusi MPKK. Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu (PPNT) dan Pejabat Daerah Marang adalah selaku penganjur program mengetuai lawatan untuk bersama-sama turun padang menziarah peserta yang memerlukan bantuan dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Salah sebuah keluarga yang dilawati ialah Puan Wan Norzaimah Binti Wan di Kampung Alor Tuman yang berumur 43 tahun dan bekerja meniaga minuman di gerai berhampiran rumah. Beliau mempunyai 3 orang anak OKU dan masing-masing mempunyai kad OKU. Salah seorang anak, Wan Nur Liyana mengidap sebelas penyakit dan sentiasa menerima rawatan di hospital kerajaan. Selain itu, beliau menyewa rumah kedai dengan kadar bayaran sewa RM500 bulanan. MAIDAM akan mempertimbangkan Bantuan Modal Niaga dan sewa rumah bagi kes ini.

Keluarga yang terakhir yang dilawati ialah Encik Omar bin Musa, berumur 48 tahun yang tinggal seorang diri di Kampung Pusu Tiga. Beliau menghidap strok dan mempunyai masalah pertuturan percakapan menyebabkan masalah pergerakan untuk menyara diri. Beliau telah bercerai pada tahun 2019 dan menerima bantuan makan minum daripada pihak MPKK Kampung Pusu Tiga. Bantuan yang akan dipertimbangkan adalah Bantuan Am daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Perubatan daripada STDI.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 26/07/2020

125 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI TERENGGANU
Tingkat 10, Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Tel : 09 - 6272000 
Faks : 09 - 6243101
Aktiviti 2020
September Ogos
   Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Besut Bil. 2/2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Hulu Terengganu Bil. 3/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Baru Kompleks Sukan Hulu Terengganu    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Marang Bil. 6/2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Jalan Daripada Kampung Pecah Rotan Ke Kampung Mengabang Lekor, Kuala Terengganu, Terengganu    Pengundian Projek-Projek Kecil Siri 2 Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Tahun 2020    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 30 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Permai, Kemaman, Terengganu    Lawatan Intervensi Ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu 18 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Sekolah Menengah Kebangsaan Serada, Kuala Terengganu, Terengganu    Program Pemantapan Organisasi PPNT, ICUJPM    Majlis Apresiasi Dan Jasamu Dikenang PPNT Tahun 2020    Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Kuala Nerus Bil. 2/2020    Lawatan Healthcheck : Projek Pembinaan Politeknik Besut Terengganu (Reka Dan Bina)    Mesyuarat Troubleshooting Projek Sakit : Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut, Terengganu    Lawatan Tapak Sebutharga Projek Membina Baru Longkang Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Simpang Jalan Alor Mak Bah, Kg. Bemban, Dungun    Mesyuarat Penyelarasan Membaikpulih Prasarana Di SMK Tengku Bariah, Kuala Terengganu    Taklimat Pengenalan Serta Latihan Penggunaan MyDC2
Julai Jun Mac Februari Januari